Saingan tenis Terbuka Australia mendapat perkhabaran gembira apabila penonton bakal dibenarkan masuk untuk menyaksikan bintang mereka beraksi.

Ia susulan penamatan tempoh lima hari perintah berkurung yang dikenakan di State of Victoria susulan penularan wabak Covid 19.

Pengarah kejohanan, Craig Tiley menjelaskan Aren Rod Laver akan menyaksikan kemasukan penonton bagi saingan final dengan kapasiti 50 peratus sahaja atau sekitar 7000 penonton.

Craig juga berharap dengan peluang yang diberikan kelak, keadaan terkawal sepenuhnya dan tiada perkara perkara yang tidak diingini berlaku.

Pemain pemain juga teruja dan menghargai peluang yang diberi untuk beraksi didepan penonton selepas hampir setahun tidak mendengar sorakan dan kata kata semangat.

Harga tiket bagi dewasa bermula dari 350 dolar Australia sehingga 990 dolar Australia.

 

- Advertisement -