Juara keseluruhan SUkan SEA 2019, Filipina mengesahkan akan menghantar sekitar 560 orang atlet untuk beraksi di Sukan SEA 2021, Vietnam hujung tahun ini.

Jumlah ini kurang hampir 50 peratus daripada jumlah keseluruhan atlet yang beraksi ketika mereka menjadi tuan rumah, iaitu 1115 orang.

Pengumuman dibuat Presiden Pesuruhjaya Sukan Filipina (PSC) Abraham Tolentino dimana Filipina akan menghantar 560 orang atlet ke untuk beraksi di Sukan SEA Vietnam yang dijadual berlangsung dari 21 November hingga 2 Disember.

Filipina akan menyertai 520 acara dalam 38 daripada 40 jenis sukan yang dipertandingkan.

Jelas Tolentino, jumlah ini masih belum muktamad kerana data yang diumumkan adalah berdasarkan pendaftaran fasa pertama (entry by numbers) yang telah dibuat selepas mengadakan perbincangan dengan wakil wakil persatuan sukan.

Penyenaraian atlet adalah berdasarkan pencapaian atlet yang memenangi pingat ketika di Sukan SEA 2019 lalu dan mana mana atlet yang dilihat berpotensi untuk memenangi pingat emas di Vietnam nanti.

 Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA 2021 mengesahkan tarikh akhir untuk negara negara bertanding untuk menyerah penyertaan (entries by number) adalah pada 21 Mac manakala senarai muktamad (entries by name) perlu dihantar pada bulan Ogos.

 

 

- Advertisement -