Pelari pecut kelahiran Jamaica, Johan Blake sanggup untuk ‘mengorbankan’ Tokyo 2020 kerana tidak mahu mengambil risiko dengan mendapatkan suntikan vaksin Covid 19.
Jaguh pecut Olimpik itu berpendapat, kekuatan mentalnya masih di tahap yang terbaik dan tidak mahu untuk menerima vaksin. Malah beliau sanggup untuk melupakan Olimpik Tokyo 2020 yang akan berlangsung pada Julai nanti daripada mengambil vaksin.
Setakat ini Jawatankuasa Penganjur Tokyo 2020 tidak menjadikan vaksin Covid 19 sebagai syarat untuk mana mana atlet atau pegawai yang akan terlibat dengan sukan Olimpik itu nanti.
Pandangan yang sama turut disuarakan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dimana pengambilan vaksin Covid 19 adalah digalakkan dan bukan diwajibkan kepada atlet.
Memetik kenyataan Blake di media tempatan di Jamaica, beliau ada alasan tersendiri untuk tidak menerima suntikan vaksin Covid 19 namun enggang mendedahkan dengan lebih jelas.
Kerajaan Jamaica dijangka akan menerima bekalan vaksin Covid 19 pada minggu depan.Â
Pelumba berusia 31 tahun itu dijangka akan membuat penampilan terakhirnya di pentas Olimpik Tokyo 2020.
Blake membuat kenyataan berhubung pendiriannya terhadap penerimaan vaksin Covid 19 selepas perbincangan diadakan di negara negara di kepulauan Carribean yang berhasrat untuk menghidupkan semula industri sukan dalam skala besar selepas sepi susulan penularan wabak Covid 19 pada tahun lalu.