Aksi sulung bergu muda negara, Low Hang Yee-Ng Eng Cheong di pentas antarabangsa bagi tahun 2021 bermula dengan positif apabila melakar kemenangan pada pusingan pertama Terbuka Swiss.
Hang Yee-Eng Cheong bertarung tiga set sebelum mengesahkan kemenangan ke atas gandingan dari Belanda, Ruben Jille-Ties Van Der Lecq 21-16, 16-21, 21-16.
“Hari ini adalah perlawanan pertama kami selepas hampir setahun tidak beraksi. Kami tidak terlalu memikirkan tentang perlawanan, hanya cuba brikan yang terbaik.
“Di set kedua lawan kami mengubah corak perlawanan dan berlaku sedikit kekeliruan diantara kami berdua.
“Set ketiga, jurulatih memberi kami idea untuk mencari mata dan ia memberi keyakinan untuk kami menang,”kata Low Hang Yee.
Perasaan yang sama turut dikongsi Ng Eng Cheong,’Menang pada pusingan pertama sudah tentu perkara yang gembira. Kami akan terus bermain dengan aggresif dan menungkatkan lagi semangat juang pada perlawanan seterusnya.”
Pusingan kedua, bergu muda negara ini akan berdepan pilihan keempat dari England, Marcus Ellis-Chris Langridge yang melakar kemenangan straight set 21-10, 21-12 ke atas gandingan dari Nigeria, Godwin Olofua- Anuoluwapo Juwon Opeyori.
Kejayaan Hang Yee dan Eng Cheong turut diekori pasangan bergu senior, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang tidak berdepan masalah untuk menundukkan pasangan dari New Zealand Oliver Davis Leydon – Abhinav Manota straight set 21-13 21-15.
“Lawan kami dipusingan tidak begitu kuat tetapi kami tetap berhati hati dalam setiap perlawanan ,”kata Aaron Chia.
Dalam pada itu, bergu profesional negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yii turut cemerlang mara ke pusingan kedua selepas menundukkan bergu dari Amerika Syarikat, Phillip Chew-Ryan Chew dalam aksi tiga set 21-23, 21-12, 21-12.
Yew Sin-Ee Yii akan bertemu pasangan dari Denmark, Joel Eipe-Rasmus Kjær di pusingan kedua nanti.
Begitu juga dengan satu lagi bergu profesional negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong yang melakar kemenangan straight set 21-17, 21-11 ke atas gandingan dari Denmark, Daniel Lundgaard – Mathias Thyrri
Nasib berbeza dialami satu lagi bergu muda negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani yang terkandas di pusingan pertama selepas tumpas kepada pilihan keenam dari Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen dalam aksi tiga set, 22-20. 13-21, 13-21.
Turut cemerlang pada pusingan pertama, dua bergu wanita negara yang mengesahkan slot ke pusingan kedua. Bergu muda negara, Pearly Tan-M Thinaah yang mara ke pusingan kedua selepas menundukkan Serena Au Yeong-Katharina Hochmeir dari Austria straight set 21-17, 21-6.
Pearly dan Thinaah akan berdepan pasangan dari Rusia, Anastasiia Akchurina-Olga Morozova yang melakar kejutan dengan menundukkan pilihan keenam dari Perancis Emilie Lefel-Anne Tran 21-15, 23-25, 21-15.
Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean turut mengesahkan kemaraan selepas menundukkan Jessica Hopton-Jenny Moore dari England dengan kemenangan straight set 21-18, 21-13.
Aksi perseorangan lelaki, Lee Zii Jia menepati ramalan apabila menundukkan Sergey Sirant dari Rusia 21-12, 21-14 sekaligus akan bertemu pemain Denmark, Viktor Svendsen.
Nasib berbeza untuk Liew Daren dan Song Joo Ven serta perseorangan wanita, Soniia Cheah yang tewas kepada lawan masing masing.