Kejohanan badminton tertua dan berprestij dunia, kembali lagi untuk edisi ke-111 bermula 17-21 Mac dalam acara tertutup dikala wabak Covid-19.
Yang menarik, kejohanan ini berlangsung tanpa pusingan kelayakan, dengan 80 pusingan dalam 32 perlawanan akan dipertandingkan.
Pemenang kejohanan YONEX Terbuka Swiss baru-baru ini, Viktor Axelsen (perseorangan lelaki) dan Carolina Marin (perseorangan wanita) menjadi pilihan utama kejohanan ini.
Namun, kehadiran Kento Momota dalam perseorangan lelaki bakal memberi saingan hebat untuk membuntuhkan perjalanan Axelsen sebagai juara kejohanan ini.Â
Tidak ketinggalan, beregu lelaki Jepun, Hiroyuki Endo-Yuta Watanabe yang pernah mengalahkan beregu pilihan dari Indonesia gandingan Marcus Gideon-Kevin Sukamuljo pada aksi final All England lalu tidak harus di pandang remeh.
Pasangan beregu campuran Indonesia juga turut menjadi pilihan utama dengan Preveen Jorda-Melati Daeva Oktavianti. Namun, mempunyai kelebihan sebagai tuan rumah kejohanan ini, beregu gandingan Chris Adcock-Gabby Adcock dan Marcus Ellis-Lauren Smith mampu memberi saingan kepada pilihan utama.
Bagi beregu wanita, tuan rumah Sukan Olimpik Tokyo, Yuki Fukushima-Sayaka Hirota menjadi pilihan utama acara ini.
Kejuaraan Terbuka All England berlangsung sebagai acara tahunan dan kali terakhir kejohanan ini tidak dipertandingkan adalah antara 1915-1919 dan 1939-1947 semasa berlakunya Perang Dunia 1 dan Perang Dunia 2. – Oleh Siti Zafirah Kamal