Perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia yang juga duta minuman isotonik nombor 1 negara, 100PLUS membuktikan beliau telah bangkit daripada mimpi ngeri di Thailand apabila melangkah ke peringkat separuh akhir All England selepas menundukkan pilihan pertama dari Jepun, Kento Momota.
Mimpi ngeri susulan aksi hambar di tiga kejohanan di Bangkok, Thailand pada Januari lau tanpak sudah dilupakan ketika turun beraksi di Birmingham.
Berdepan Momota yang juga pemain nombor satu dunia, Zii Jia nyata tidak menunjukkan rasa gentar apabila melakar kemenangan straight set 21-16, 21-19 dalam masa 55 minit.
Kemenangan ini sekaligus menamatkan badi kekalahan Zii Jia terhadap Momota selepas tujuh kali pertemuan diantara kedua dua pemain sejak 2017.
Pertemuan terakhir kedua dua pemain ini adalah ketika Perodua Malaysia Masters pada awal Januari tahun lalu dimana Zii Jia tewas 21-10, 21-19 di peringkat separuh akhir.
Zii Jia akan berdepan pemain Belanda, Mark Caljouw yang menundukkan pemain dari India, Lakshya Sen 21-17 16-21 21-17