Dengan tempoh 100 hari sebelum temasya Sukan Olimpik ke 32 berlangsung, penganjur Tokyo 2020 terus berdepan tekanan daripada penduduk tempatan.

Penganjur yang sedang bekerja keras untuk memastikan penganjuran temasya terbesar dunia itu berjalan mengikut jadual yang ditetapkan ditambah ketika penularan Covid 19, penduduk negara Jepun masih belum berlembut hati.

Sebaliknya mereka tetap berkeras mahukan temasya itu ditunda atau dibatalkan. Pemerhatian ini adalah berdasarkan soal selidik yang telah dilakukan oleh akhbar termpatan, Kyodo dimana sekitar 72 peratus memberi jawapan mahukan penganjuran sukan itu samada di tunda atau dibatalkan.

Pecahan daripada 72 peratus itu, 39.2 responden mahukan ia dibatalkan manakala 32.8 peratus pula memberikan jawapan mahukan Tokyo 2020 ditunda.

Manakala 24.5 peratus soal selidik yang dijalankan dari 10 hingga 12 April mahu ia diteruskan.

Jepun sedang begelut untuk mengawal penularan wabak Covid 19 dimana lebih 500 kes jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam.

Tokyo, Kyoto dan Okinawa dilihat sebagai kawasan yang berisiko tinggi penularan wabak Covid 19.

Kesemua aktiviti perniagaan hanya dibenarkan beroperasi sehingga jam 8 malam waktu tempatan sebagai langkah mengawal penularan wabak tersebut.

Jepun juga sedang memulakan program vaksinasi Covid 19 bermula dengan golongan berusia 65 tahun ke atas bermula 12 April yang melibatkan kira kira 36 juta orang.

Ia bagaimanapun tidak disenangi oleh penduduk tempatan dan ia sekaligus menambahkan lagi keresahan terhadap penularan wabak Covid 19 dan penganjuran Tokyo 2020.

Kerajaan Jepun juga dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk memberi vaksin kepada atlet yang terlibat dengan Sukan Olimpik dan Paralimpik.

 

- Advertisement -