Juara All England 2021 yang juga duta minuman isotonik no. 1 negara , 100PLUS Lee Zii Jia antara 242 atlet dan pegawai yang melengkapkan dos kedua vaksin COVID-19 hari ini di Kompleks Sukan DBKL Desa Tasik di sini.

Kesemua atlet dan pegawai ini adalah yang terlibat dengan Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo yang dijadual berlangsung pada Julai nanti.

Jumlah yang sepatutnya menerima dos kedua adalah 264 atlet, namun beberapa atlet antaranya skuad terjun negara tidak hadir kerana sedang beraksi di Piala Dunia Terjun di Tokyo dan akan menerima dos kedua setelah pulang ke tanah air.

 

 

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, kesemua atlet yang akan beraksi di Olimpik yang dijadual berlangsung bermula 23 Julai dan Paralimpik bermula 24 Ogos itu yang sudah menerima suntikan kedua, kini boleh lebih yakin untuk bertanding di luar negara.

Menurutnya tiada atlet yang akan ke Olimpik Tokyo terkecuali daripada mendapat vaksin, begitu juga pegawai-pegawai yang akan mengiringi mereka, yang didefinisikan sebagai Essential and Operational Role oleh Jepun.

Tambah Datuk Seri Reezal lagi, dua atlet berbasikal trek, Mohd Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom yang menjalani latihan di Melbourne, akan diberikan vaksin sejurus tiba di tanah air pada awal Jun, sekiranya tidak menerima vaksin di Australia.

“Kalau mereka menerima suntikan pertama pada 1 Jun, suntikan kedua akan selesai pada 21 Jun, bererti semua atlet akan selesai divaksinkan sebelum Julai,” katanya ketika ditemui pemberita pada Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) itu.

 

- Advertisement -