Skuad Harimau Malaya tampak memerlukan ‘tuah’ daripada pasukan Indonesia untuk melakar kemenangan ke atas pendahulu kumpulan G, Vietnam.
Kedua dua pasukan akan turun beraksi pada awal pagi Selasa dan ia nyata dinantikan oleh pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe yang sedang mencari formula sebelum turun menentang skuad kendalian Park Hang Seo pada 12 Jun nanti.
Vietnam diatas kertas hanya memerlukan keputusan seri untuk memastikan slot ke Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.
Malaysia menghuni tangga keempat, berkongsi 9 mata dengan pasukan ditangga ketiga, Thailand dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) yang kini mneghuni tangga kedua manakala pendahulu, Vietnam mengumpul 11 mata.
Jelas Cheng Hoe, hanya yang meresahkannya adalah prestasi pasukan dan ‘ujikaji’ yang sedang dirangka dengan baki masa yang ada untuk menghasilkan formula yang terbaik untuk berdepan Vietnam.
“Selepas tewas, ramai yang berpendapat perlukan rombakan. tetapi masih ada 4, 5 hari untuk melakukan persiapan dan para jurulatih sedang mengkaji beberapa faktor untuk mencari ramuan menghadapi Vietnam,”kata Cheng Hoe ketika sidang media secara atas talian.
Beliau juga enggan menunding jari kepada mana mana pemain susulan kekalahan kepada Emiriyah Arab Bersatu pada Jumaat.
Sebaliknya, ia adalah kesilapan secara keseluruhan dimana pemain pemain gagal untuk bermain samada bertahan atau menyerang sebagai satu pasukan.
“Bukan Guilherme de Paula dan Liridon Krasniqi sahaja yang kita salahkan, tetapi keseluruhan pasukan. Kita tidak boleh menyalahkan seseorang pemain 100 peratus,”katanya lagi.
Tambah Cheng Hoe lagi, De Paula sedih dan tertekan selepas perlawanan menentang UAE. Namun beliau tahu cara untuk mengatasi situasi itu dan menunjukkan kebangkitan kerana pengalamannya sebagai pemain bolasepak yang luas.
Pemain pertahanan Junior Eldstal sah tidak dapat mengikuti sesi latihan berpasukan selepas mengalami kecederaan buku lali yang serius pada aksi menentang UAE.