Pengorbanan yang cukup bermakna buat pemain hoki wanita negara, Kiraandep Kaur Gurdip Singh yang meraih keputusan 9A dalam Peperiksaan SPM 2020 sekaligus membuktikan sukan tidak menghalangnya untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang.
Jelas Kiraandep, jadual rutin harian sebagai seorang pelajar dan berlatih untuk mengekalkan kecergasan.
Malah, perjuangannya tidak diharungi seorang diri, sebaliknya mendapat sokongan penuh daripada kedua ibu bapanya serta guru guru yang sentiasa memberi dorongan dan sokongan kepada Kiraandep.
KIRAANDEP KAUR GURDIP SINGH BERKONGSI PENGALAMAN SEBAGAI PELAJAR DAN PEMAIN HOKIÂ
Pemain yang akan mencecah usia 18 tahun pada Julai depan ini turut berkongsi kegembiraan bersama abangnya yang juga pemain hoki negara, Pavandip Singh.
Kiraandep mengatasi pencapaian abangnya yang meraih 6A pada 2018. Ia tidak memberikan rasa cemburu, tetapi Pavandip Singh nyata berbangga dengan pencapaian adiknya malah kejayaan itu turut dirai oleh kedua orang tua mereka.
Beliau antara 32 pemain yang dipanggil Lailin Abu Hassan untuk menyarung jersi PKS Uniten KPT yang muncul juara Piala Vivian May Soars 2021 yang berlangsung pada Mac lalu.