Badan induk bolasepak Eropah, UEFA ‘mengugut’ tuan rumah final EURO 2020, Britain jika mereka meneruskan pendirian untuk mengenakan kuarantin kepada penonton yang hadir untuk menyaksikan perlawanan itu.

Aksi final EURO 2020 dijadual akan diadakan di Stadium Wembley di London pada 11 Julai.

Kerajaan Britain mengenakan syarat kuarantin kepada pelancong dari negara negara tertentu selama 10 hari sebzgai langkah mencegah penularan Covid 19.

Bagi saingan finak di stadium tersebut, kerajaan pusat bersetuju untuk membenarkan 50% atau 40 000 kemasukan penonton ke Stadium Wembley bagi aksi final EURO 2020.

Manakala saingan pusingan kalah mati, hanya 22 500 tempat duduk sahaja dibenarkan.

UEFA menerusi laporan media antarabangsa menjelaskan ia masih lagi dalam proses rundingan untuk mengecualikan tempoh kuarantin tersebut.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh UEFA menyebut, pihaknya mempunyai pelan sokongan namun tetap optimis aksi final akan dilangsungkan di London.

Andai gagal mencapai kata putus, UEFA mungkin akan menjadikan Budapest, Hungary sebagai destinasi perlawanan final.

Puskas Arena yang berkapasiti 65 000 tempat duduk dipenuhi dengan penonton yang datang menyaksikan saingan pembukaan peringkat kumpulan F, EURO 2020 diantara Hungary dan Portugal.

Hungary juga membenarkan kesemua sektor dibuka secara normal selepas kempen vaksin Covid 19 secara skala besar dilaksanakan di negara itu.

Penonton tempatan perlu mengemukakan bukti keputusan negatif bagi ujian saringan C19 sebelum dibenarkan masuk ke dalam stadium.

UEFA memahami situasi yang sedang melanda UK susulan pandemik Covid 19. Mereka mencadangkan kehadiran penonton dari luar negara menggunakan konsep gelembung dimana penonton hanya akan berada di kota London kurang dsri 24 jam.

Mereka hanya dibenarkan bergerak menggunakan kenderaan khas yang disediakan menuju ke venue pertandingan sahaja.

UEFA turut menambah, mereka berharap perbincangan ini akan mencapai situsi menang menang diantara kedua dua pihak 

 

 

- Advertisement -