Disebalik usaha tanpa henti penganjur sukan Olimpik Tokyo 2020 untuk membendung penularan wabak pandemik Covid 19 melibatkan semua yang terlibat sepanjang temasya itu berlangsung, mereka juga perlu bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya bencana alam.

Negara Jepun seringkali berdepan situasi bencana alam sehingga melibatkan kehilangan nyawa seperti taufan dan gempa bumi.

Rekod bagi tahun 2021, tujuh gempa bumi yang mencatatkan bacaan lebih daripada 6 pada skala Ritcher melanda negara matahari terbit itu dimana rekod paling tinggi adalah 7.3 pada skala Ritcher pada Februari dan Mac dimana bencana tersebut turut menyebabkan amaran tsunami.

Pakar bahagian bencana Jepun, Hirotada Hirose berpendapat penganjur Tokyo 2020 tidak boleh menjadikan bencana alam yang seringkali melanda negara itu sebagai ancaman kedua selepas pandemik Covid 19.

Hirose yang juga merupakan seorang profesor di Woman’s Christian University di Tokyo turut menjelaskan bencana gempa bumi diharap tidak dilupakan pihak penganjur Tokyo 2020.

Ariake Arena

Jepun berada dalam Lingkaran Api Pasifik dimana mana mana negara yang berada dalam kawasan yang aktif dengan aktiviti pergerakan plat tektonik muka bumi dan akan mencetuskan bencalam alam seperti gempa bumi dan letusan gunung berapi.

Bencana alam ini dijangka akan aktif sekitar bulan Mei hingga Oktober malah, bulan Ogos dan September dijangka akan menjadi tempoh kemuncak bencana itu.

Ketika Jepun menganjurkan Ragbi Piala Dunia pada 2019, tiga perlawanan peringkat kumpulan terpaksa dibatalkan susulan Taufan Hagibis yang mengorbankan lebih 100 nyawa dan banjir besar.

Malah, sebelum penundaan sukan Olimpik dilakukan pada tahun lalu, simulasi respon terhadap situasi bencana alam telah dilakukan disekitar Teluk Tokyo.

Laporan harian Jabatan Meteorologi Jepun (JMA) setakat ini, hanya satu kejadian gempa bumi berlaku di Tokyo Bay yang merekodkan bacaan 3.1 pada skala Ritcher pada 27 Jun lalu, jam 7.47 pagi waktu tempatan.

Speanjang bulan Jun, gempa bumi berlaku di bahagian selatan dan utara negara Jepun sahaja.

Waterfront Tokyo

Pihak berkuasa tempatan Tokyo dalam pada itu mengesahkan venue sukan Olimpik dilengkapi dengan teknologi terkini yang akan digunakan jika bencana tersebut berlaku.

Ariake Arena yang menjadi venue bagi sukan bola tampar telah menelan kos $340 juta mempunyai getah khas yang menyerap gegaran dan diluluskan untuk dijadikan pusat perlindungan.

Waterfront yang terletak kira kira 20km dari Perkampungan Atlet dibina dengan kemampuan menampung ombak tsunami yang dijangka akan melanda Tokyo sehingga ketinggian 2 meter.

Meskipun penganjur telah menetapkan tiada kehadiran penonton di venue venue pertandingan, namun penganjur perlu memastikan keselamatan lebih 70 000 atlet, pegawai kontinjen dan pertandingan serta media yang hadir selamat sepenuhnya sepanjang penganjuran Tokyo 2020.

 

- Advertisement -