Menteri Belia dan Sukan (KBS) Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna buat kontinjen Malaysia yang akan beraksi di Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Tiga pingat tersebut disasarkan kepada tiga acara yang disertai Malaysia iaitu, badminton, berbasikal trek dan akuatik.

“Dalam keadaan yang serba serbi mencabar, seperti yang saya sebut, atlet kita berdepan dengan suasana yang sama sekali luar daripada kebiasaan yang mereka lalui. Mereka tidak dapat menjalani latihan secara biasa dan lebih daripada itu, mereka tidak dapat menyertai kejohanan kejohanan di luar yang memungkinkan, 1. kelayakan 2. untuk meningkatkan daya kesaingan (competitiveness level of them).

“Mengambil kira perkiraan keseluruhan ini, kita perlu menyederhanakan sandaran kita berkaitan pingat, mengambil kira semua faktor termasuk apa yang dilakukan diseluruh dunia.

“Melihat kepada semua perbincangan bersama dengan atlet, jurulatih pengurus pasukan, Majlis Olimpik malaysia (MOM), Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Majlis Sukan Negara (MSN) dan pandangan pandangan lama, kita secara realistiknya melihat, pada sukan olimpik tokyo 2020 ini kita melihat kesandaran untuk membawa pulang tiga pingat daripada tiga acara iaitu badminton, basikal trek dan pasukan akuatik.

“daripada 3 pingat ini, satu daripadanya adalah kilauan pingat emas yang di tunggu tunggu,”kata Datuk Seri Reezal menerusi sidang media secara atas talian hari ini.

Tambahnya lagi, sasaran ini dibuat selepas memgambil kira situasi atlet negara yang tidak mendapat pendedahan secara menyeluruh terutama kejohanan kompetitif yang menawarkan kelayakan ke olimpik.

Malah, beberapa negara lain juga tidak memberi penekanan yang terlalu khusus berhubung sasaran pingat di pentas olimpik kali ini.

“89 pendedahan pertandingan yg diluluskan utk 2020, hanya 32 sahaja yang dapat disertai susulan penularan Covid 19.

“2021, 27 pertandingan sahaja yang disertai sehingga tamat kelayakan olimpik pada Jun dan kelayakan ke Sukan Paralimpik 2020 pada 15 julai 

“UK meletakkan sasaran diantara 45 ke 70 pingat diatas sebab pandemik dan diatas sebab kekurangan data dan maklumat yang mungkin diperolehi berkaitan dengan ‘the actual progress of their own athlets’ sebab berlatih dinegara sendiri dan beraksi di kejohanan yang tidak kompetitif.

“Tuan rumah Jepun sendiri memutuskan untuk tidak meletakkan sasaran dan lebih menumpukan kesihatan walaupun diperingkat awal mereka menumpukan 30 pingat emas. jepun ketika di rio mereka hanya memenangi 12 pingat emas 

“Filipina satu satunya negara dari ASEAN yang sasarkan 2 emas walaupun tidak pernah menang pingat emas sebelum ini,”katanya lagi.

Manakala Singapura dan Australia tidak meletakkan sebarang sasaran pingat bagi penyertaan di sukan Olimpik Tokyo 2020.

Sementara itu sasaran bagi atlet yang akan beraksi di sukan Paralimpik adalah sama seperti yang dicapai ketika di Rio 2016 iaitu 3 pingat emas dan 1 pingat gangsa.

Emas disumbang Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dalam acara pecut 100meter (T36/F36), Muhd Ziyad Zolkefli (lontar peluru (T20/F20) dan Abdul Latif Romly menerusi acara lompat jauh (T20/F20).

Manakala pingat gangsa diseumbang Siti Noor Radiah Ismail dalam acara lompat jauh kelas T20/F20

 

- Advertisement -