Ketegasan penganjur Tokyo 2020 tidak boleh dipertikai jika bersalah salah laku yang menjatuh imej.
Pengarah Upacara Pembukaan Tokyo 2020 Kentaro Kobayashi dipecat susulan kenyataan jenaka mengenai Holocaust yang tular di media sosial.
Holocaust merujuk kepada pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan tentera Nazi ketika Perang Dunia II.
Penganjur Tokyo 2020 memohon maaf kepada pihak pihak berkepentingan dan rakyat Jepun diatas kejadian yang berlaku tatkala upacara pembukaan kurang 24 jam.
Kobayashi didakwa membuat jenaka yang tidak sepatutnya di dalam sebuah program komedi pada 1998.
Pemecatan itu tidak menjejaskan perancangan bagi persiapan upacara pembukaan dimana penganjur terus berusaha untuk menyusun atur program ketika upacara pembukaan.