Pemanah muda wanita negara, Syaqiera Mashayikh memulakan saingan di Olimpik Tokyo 2020 dengan keputusan positif apabila menamatkan pusingan penentuan ranking acara Recurve individu di tangga ke 43 daripada 64 pemanah yang beraksi hari ini.

Pemanah berusia 20 tahun ini berkongsi 630 mata dengan empat lagi pemanah; Sylwia Zyzanska (Poland), Evangelia Psarra (Greece), Svetlana Gomboeva (Jawatankuasa Olimpik Rusia (ROC), dan Stephanie Barret (Kanada).

Catatan yang dilakukan pada hari ini memperbaharui rekod peribadinya 619 mata yang dilakar ketika beraksi di Memanah Piala Dunia di Paris bulan lalu.

Syaqiera Mashayikh yang mebghuni ranking ke 355 dunia dijangka akan menentang pemanah ROC, Elena Osipova yang menamatkan saingan di kedudukan ke 22 dengan 651 mata.

Sementara itu, pemanah dari Korea Selatan, San An mencatat 680 mata sekaligus memadamkan rekod Olimpik yang dipegang pemanah dari Ukraine, Lina Herasymenko yang mencatat 673 mata.

Pusingan kalahg mati dijadual berlangsung pada 27 Julai depan.

Seorang lagi pemanah negara. Khairul Anuar Mohamad akan beraksi di pusingan penentuan ranking pada petang ini.

- Advertisement -