Bergu wanita negara, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean gagal meraih kemenangan pertama dalam aksi pembukaan saingan badminton di Musashino Forest Plaza apabila tewas kepada pasangan Indonesia, Greysia Polli-Apriyani Rahayu bagi saingan pembukaan kumpulan A.
Mei Kuan dan Meng Yean tampak beraksi cemerlang di awal set pertama namun segalanya tampak berubah apabila Greysia dan Rahayu seakan akan dapat membaca cara permainan bergu wanita negara.
Set pertama berakhir dengan kekalahan untuk Mei Kuan-Meng Yean 14-21 selepas bertarung selama 21 minit.
Permainan yang lebih aggresif dipamer Mei Kuan-Meng Yean yang beraksi pertama kali di pentas Olimpik dan tampak membuahkan hasil apabila kedua dua bergu dibezakan dengan 1 atau 2 mata sahaja.
Greysia Polli dan Apriani Rahayu mula mengatasi bergu negara hasil unforce error yang dilakukan Mei Kuan-Meng Yean sekaligus memastikan kemenangan memihak kepada pasangan Indonesia 21-17.
Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean akan berdepan pilihan utama tuan rumah, Yuki Fukushima-Sayaka Hirota esok petang.