Bergu lelaki negara, Aaron Chia – Soh Wooi Yik menutup kempen di Sukan Oimpik Tokyo 2020 dengan membutirkan pingat gangsa yang juga pingat pertama untuk Malaysia selepas menundukkan pilihan kedua dari Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan dalam pertarungan tiga set.

Kedua dua bergu beraksi di penentuan pingat gangsa selepas ditunjukkan jalan keluar oleh lawan masing masing ketika di peringkat separuh akhir semalam.

Aaron dan Wooi Yik nyata lebih bersedia untuk berdepan Ahsan dan Setiawan selepas pertemuan pertama di peringkat kumpuan D.

Pengalaman yang dimiliki bergu Indonesia ini juga sukar untuk dijinakkan Aaron dan Wooi Yik yang mendahului pada satu ketika sebelum dikejar Ahsan dan Setiawan.

Set pertama milik Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan dengan kemenangan 21-17.

Aksi yang lebih kemas dipamerkan Aaron Chia dan Soh Wooi Yik meskipun terdapat beberapa unforce error di awal permainan, namun mereka menjadi Hendra Setiawan sebagai sasaran yang tampak tertekan dan banyak melakukan kesilapan untuk memastika set kedua milik bergu negara dengan kemenangan 21-17 memaksa pemenang ditentukan di set ketiga.

Aaron dan Wooi Yik tampak semakin yakin untuk mendahului 8-4 diawal saingan. Keyakinan semakin tinggi apabila bergu negara bijak meneliti setiap pergerakan Ahsan dan Setiawan yang membuka ruang terbuka kepada bergu negara untuk mencari mata.

Kekecewaan Aaron dan Wooi Yik yang tewas di peringkat kumpulan dan gagal ke perlawanan final diakhiri dengan dengan jeritan kejayaan dan kepuasan di atas gelanggang 1 di Mushashino Forest Sports Plaza selepas menang 21-14.

“Saya sangat gembira sebab kita memang sangat tertekan tetapi kami tidak pernah mengalah.

“Ini adalah yang paling terbaik dalam karier saya sebab berjaya atasi banyak kesilapan sebelum ini. Ia belum habis lagi kita akan terus berjuang,”kata Soh Wooi Yik.

“Saya rasa ketika di set kedua, mereka (Ahsan-Setiawan) kami masih mampu mengawal tekanan. Apa yang saya fikir adalah keluarga. Itu yang membuatkan saya tidak mengalah di gelanggang dan kekal kuat.

“Boleh cakap puas hati, tetapi bukan 100 peratus puas kerana kami masih melakukan kesilapan tetapi kami berjaya atasi tekanan,”kata Aaron Chia dan Wooi Yik ketika ditemuramah oleh Astro Arena selepas tamat perlawanan.

 

- Advertisement -