Lagenda badminton negara, Datuk Wira Lee Chong Wei memuji prestasi pemain pemain badminton negara yang beraksi di Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang melabuhkan tirai pada 8 Ogos lalu.

Beliau yang dikenali dengan King of Super Series mengucapkan tahniah kepada pasangan bergu lelaki, Aaron Chia – Soh Wooi Yik di atas kejayaan meraih pingat gangsa dalam penampilan sulung mereka di pentas Olimpik.

“Pencapaian ini adalah satu permulaan buat mereka memandangkan kedua duanya masih lagi muda dan pastinya akan memberi fokus kepada persiapan di Olimpik kedua pada 20204 nanti,”kata Chong Wei 

Malah, persiapan menuju ke Olimpik Paris 2024 perlu dilakukan dengan sebaik mungkin kerana tempoh masa yang lebih singkat berbanding edisi sebelum ini.

“Sekarang mereka sudah memiliki pingat gangsa, dan selepas ini apa yang mereka mahukan bergantung kepada diri sendiri,”kata Chong Wei lagi.

Pemenang pingat perak Olimpik tiga kali ini juga turut memuji aksi yang ditonjolkan oleh perseorangan lelaki, Lee Zii Jia yang mara sehingga peringkat kalah mati sebelum kecundang ditangan pemenang pingat perak, Chen Long dari China.

“Walaupun dia tewas tetapi dia belajar sesuatu yang berharga, pengalaman yang dimilikinya pasti akan membantunya untuk Olimpik seterusnya,” Katanya lagi.

 

 

- Advertisement -