Pusingan kedua saingan badminton Terbuka Denmark menyaksikan kejutan dilakar pasangan bergu lelaki negara, Goh Sze Fei – Nur Izzuddin Rumsani yang mengejutkan pilihan ketujuh dari India Satwiksairaj Rrankireddy – Chirag Shetty untuk mengesahkan slot ke peringkat suku akhirÂ
Turun tanpa tekanan ketika menentang pilihan ketujuh di pusingan kedua semalam, Sze Fei dan Izzuddin bagaimana tewas 14-21 di set pertama sebelum bangkit di dua set berikutnya 21-15, 21-15 untuk mengesahkan slot ke peringkat suku akhir.
Sze Fei dan Izzuddin yang turut beraksi di Piala Thomas akan berdepan bergu pilihan keempat Indonesia yang sedang meningkat naik Fajar Alfian – Muhammad Rian Ardianto.
Sementara itu, perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia turut mengesahkan kemaraan ke suku akhir Terbuka Denmark selepas menundukkan seorang lagi wakil negara, Liew Darren dengan kemenangan straight set 21-11, 21-14.
Cabaran getir menanti Zii Jia apabila bakal bertemu pilihan kedua tuan rumah, Viktor Axelsen.
Bergu campuran turut menyaksikan wakil tunggal negara, Tan Kian Meng – Lai Pei Jing mara ke suku akhir selepas bangkit daripada kekalahan di set pertama untuk menang ke atas pasangan dari Korea Selatan, Ko Sung Hyun – Eom Hye Won 18-21, 21-18, 21-13.
Nasib berbeza dialami Goh Soon Huat – Shevon Lai Jemie apabila ditunjukkan jalan keluar oleh pilihan ketiga dari Indonesia Praveen Jordan – Melati Daeva Oktavianti 14-21, 12-21
Bergu lelaki menyaksikan Ong Yew Sin – Teo Ee Yii mara ke peringkat suku akhir selepas menang ke atas pasangan dari Scotland, Alexander Dunn – Adam Hall 21-17, 21-11.
Namun pasangan Aaron Chia – Soh Wooi Yik gagal mengikuti jejak Yew Sin – Ee Yii apabila tumpas straight set kepada pasangan Jepun, Akira Koga – Taichi Saito 19-21, 13-21