Ketua Jurulatih skuad kebangsaan Vietnam, Park Hang Seo memutuskan untuk terus kekal di Vietnam selepas bersetuju untuk melanjutkan kontraknya sehingga 2023.

Pengendali kelahiran Korea Selatan itu menandatangani kontrak lanjutan untuk terus kekal mengendalikan skuad kebangsaan Vietnam bermula 1 Februari 2022 sehingga 31 Jhanuari 2023.

Namun, Persekutuan Bolasepak Vietnam (VFF) bakal merombak sistem kejurulatihan skuad kebangsaan dimana selepas Park Hang Seo akan dilantik sebagai pengurus pasukan skuad bawah 23 tahun.

Kedudukannya sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan akan digalas individu lain yang akan dilantik oleh VFF kelak.

Park Hang Seo pernah berkhidmat di pusat latihan kelab kelab seperti Palmeiras dan Bayern Leverkusen serta pernah menjadi pembantu kepada Guus Hiddink yang membimbing pasukan kebangsaan Korea Selatan ketika beraksi di Piala Dunia pada 2002.

Beliau menjadikan Vietnam sebagai destinasi pilihan sebagai jurulatih pada 2017 dengan kontrak selama dua tahun nyata cemerlang dengan pencapaian yang telah dilakar termasuk menamatkan saingan Sukan Asia 2018 ditangga keempat, naib juara Kejuaraan AFC Bawah 23 pada 2018 selain muncul juara piala Suzuki AFF pada tahun yang sama.

Park Hang Seo juga memastikan pingat emas menjadi milik Vietnam ketika di Sukan SEA 2019 di Filipina.

Sasaran yang ditetapkan kepada Park Hang Seo adalah untuk mara sejauh yang mungkin dalam Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Dunia 2022 serta Pusingan Kelayakan Kejuaraan Piala Asia Bawah 23 2022 dan mempertahankan pingat emas di Sukan SEA 2021 serta Piala Suzuki AFF 2021.

 

 

- Advertisement -