Harimau Malaya terus mengukuhkan kedudukan dalam kumpulan B saingan Piala Suzuki AFF 2020 selepas menundukkan Laos 4-0 di Stadium Bishan, Singapura.
Rombakan yang dilakukan oleh Ketua jurulatih negara, Tan Cheng Hoe nyata lebih kemas apabila selesa mendahului 2-0 pada babak pertama perlawanan.
Harimau Malaya membuka tirai gol seawal minit ketujuh menerusi Safawi Rasid yang bijak menolak masuk hantaran silang Arif Aiman Hanapi sebelum mecatat nama selaku penjaring di minit ke 34 menerusi tandukan untuk menggegar kubu Laos.
Malaysia terus garang memburu gol apabila kesilapan yang dilakukan pemain Laos pantas dihukum Harimau Malaya yang melancarkan serangan balas pantas di minit 78 sebelum pemain pertahanan, Shahrul Saad meledak gol ketiga.
Safawi terus membuktikan ketajamannya didepan gawang apabila meledak gol keempat Malaysia di minit 80.
Kemenangan kedua berturut turut itu menyaksikan pasukan kendalian Tan Cheng Hoe kekal ditangga teratas kumpulan B.
Satu lagi aksi kumpulan B menyaksikan Indonesia melakar kemenangan 4-2 ke atas Kemboja.
Seterusnya, anak buah Cheng Hoe akan mengharungi perlawanan sukar berdepan juara bertahan, Vietnam, Ahad ini dan aksi terakhir peringkat kumpulan menentang Indonesia, 19 Disember ini.
Dalam pada itu, Tan Cheng Hoe mungkin semakin resah apabila Akhyar Rashid dan Quentin Cheng disahkan positif Covid 19 selepas ujian calit yang dijalankan hari ini sekaligus menjawab persoalan mengapa nama mereka tidak berada di dalam senarai pemain yang turun menentang Laos.