JUARA liga BJSS Thunderbolts meraih kemenangan selesa 4-0 ke atas Kedah Eagle Jr untuk memastikan tiket bertemu SMKDBL-PHJ-MSNJ pada saingan separuh akhir saingan Piala TNB Liga Hoki Remaja Malaysia (TNBMHJL) 2021 di Stadium Hoki Nasional Rabu (29 Disember) ini.Â
Pada satu lagi saingan suku akhir hari ini, SMKDBL-MHJ-MSNJ terpaksa bersaing sengit sebelum melakar kemenangan tipis 1-0 ke atas MBPJ Tigers. Â
Muhammad Farishshah Fauzian menyerlah dan menjadi tonggak kejayaan BJSS selepas menjaringkan dua gol padang pada minit ke-6 dan ke-49 untuk menjulang BJSS selain menambah koleksi jaringan kepada tiga setakat ini.Â
Dua gol lagi menerusi Muhammad Amirul Kharuddin dan Zulhafizi Aiman Zulkafli masing-masing pada minit ke-42 dan 53 memberikan BJSS kemenangan selesa untuk meneruskan buruan kejuaraan tahun ini.
Jurulatih S.Prakash lega dapat mengemudi pasukannya ke separuh akhir selepas kali terakhir tersekat di peringkat suku akhir pada 2019. “Memang terdapat sedikit kekurangan hari ini, dari segi prestasi, tetapi yang penting ialah ke separuh akhir. Â
Menentang SMKDBL di separuh akhir, memang ada tekanan walaupun dengan reputasi kami sebagai juara liga. Kebanyakan pemain saya berusia bawah 17 tahun, saya harap mereka terus bersemangat tinggi dan bermain mengikut apa yang dirancang untuk memastikan tiket ke akhir nanti,” kata beliau.Â
Dalam pada itu, SMKDBL-PHJ-MSNJ, yang terkandas pada separuh akhir setelah tewas di tangan SSTMI pada edisi 2019, diberi tentangan sengit oleh MBPJ Tigers sebelum dapat menggengam tiket ke separuh akhir.Â
Skuad Johor itu terpaksa menunggu hingga saat akhir perlawanan dan menarik nafas lega apabila pemain remaja kebangsaan Muhammad Kamarulzaman Kamaruddin meledak menyempurnakan gerakan dari pukulan sudut penalti pada minit ke-56 untuk membawa pasukan ke separuh akhir.Â
Jurulatih Mohd Nor Affandy Abdul Gaffar berkata beliau lega dengan kejayaan itu biarpun terpaksa menunggu hingga saat akhir untuk meraih kemenangan. “Memang diakui MPBJ pasukan yang bagus dan kami terima tentangan hebat, peluang pun 50-50.  Tetapi di suku terakhir, kami dapat menyempurnakan satu-satunya peluang menerusi pukulan penalti sudut,” kata beliau.Â
Pertemuan dengan BJSS Thunderbolts Rabu ini dianggap sukar, apatah lagi dengan reputasi lawan sebagai juara liga selain memiliki pemain-pemain yang pantas dengan skil yang tinggi. “Kami akan gunakan tempoh 24 jam ini untuk rehat sepenuhnya dan memastikan pemain benar-benar bersedia,” kata beliau.Â
Sementara itu, juara bertahan SSTMI Thunderbolts bangkit dari kejutan selepas benteng mereka dibolosi gol pada awal permainan untuk menundukkan Anderson Thunderbolts 4-2 dan mara ke separuh akhir bertemua AHP-SSP.
Selepas dikejutkan dengan jaringan penalti stroke Muhammaad Fahmi Khalid pada minit pertama, SSTMI bangkit meledak dengan dua gol selepas itu menerusi Muhammad Amirul Hamizan Azahar (minit ke-37) dan Mughni Mohamad Kamal pada minit ke-45.Â
Begitupun, Muhammad Hafizal Halmi menjelmakan sedikit harapan buat Anderson Thunderbolts apabila menyamakan kedudukan menerusi pukulan penalti sudut pada minit ke 45.Â
Ketika perlawanan berbaki 10 minit, Mohamad Shamir Rizmi menghadirkan kelegaan buat SSTMI apabila meledak pada minit ke-49 sebelum Saiful Sharil Saiful Bahari memastikan kemenangan mutlak pada minit ke-60.Â
Menentang Anderson Thunderbolts, jurulatih SSTMI, Zaidi Zainuddin mengakui ia perlawanan yang sukar. “Memang ia perlawanan yang agak sukar terutama apabila ketinggalan selepas 30 saat permainan, tetapi akhirnya menang dan amat berharga sekali untuk menyuntik semangat pemain untuk beraksi lebih baik di separuh akhir nanti.Â
“Tempoh 24 jam ini akan digunakan untuk proses pemulihan, menilai kecederaan, mengkaji video dan merangka strategi tepat untuk berdepan Pahang Rabu ini,” kata beliau.
Skuad Pahang, AHP-SSP-MSP Thunderbolts, yang merupakan naib juara edisi 2019, tidak berdepan masalah memastikan layak ke empat terakhir apabila selesa menyingkirkan MSNS/PHS 3-0.
Jaringan awal pada minit pertama oleh Mohammad Harris Iskandar Osman membuka laluan kemenangan buat AHP-SSP, yang melebarkan kedudukan menerusi Muhammad Arif Syafie Ishak pada minit ke-19.
MSNS/PHS cuba membalas tetapi kubu AHP nyata sukar ditembusi, sebaliknya skuad yang sebahagian besar dibarisi pemain dari Akademi Hoki Pahang itu terus menambah jaringan menerusi Muhammad Noor Firdaus Ali pada minit ke-19.Â
“Strategi kami hari ini ialah mencari gol awal dan ianya berhasil…sekarang kami perlu fokus perlawanan seterusnya menentang SSTMI yang pastinya sukar, terutamanya kerana mereka memiliki beberapa pemain remaja kebangsaan. Tetapi pemain saya bersemangat dan mempunyai motivasi yang tinggi, kami akan rancang strategi yang sesuai dalam latihan esok,” kata jurulatih AHP Mohd Sufian Mohammad.Â
JADUAL SEPARUH AKHIR (Rabu, 29 Disember)
Separuh Akhir 1: BJSS Thunderbolts mln SMKDBL-PHJ-MSNJ (NHS 1, 6.00 ptg)
Separuh Akhir 2: SSTMI Thunderbolts mln AHP-SSP-MSP Thunderbolts (NHS 2, 6 ptg)