Empat wakil negara meneruskan cabaran ke peringkat separuh akhir Terbuka India 2022 selepas mengatasi lawan masing masing di peringkat suku akhir hari ini.
Berita baik hadir dari acara bergu campuran apabila salah satu wakil negara, Tan Kian Meng –Â Lai Pei Jing atau Chen Tang Jie – Peck Yen Wei sah akan beraksi di pentas akhir dimana kedua bergu negara ini akan berentap di pentas separuh akhir.
Kian Meng – Pei Jing yang turun selaku pilihan pertama menang ke atas gandingan Rusia Konstantin Abramov-Anastasiia Akchurina 21-10, 21-14, manakala bergu pilihan ketiga Tan Jie-Yen Wei mengetepikan pemain tuan rumah Venkat Prasad-Juhi Dewangan 21-10, 21-13.
“Kami dapat rehat semalam selepas lawan menarik diri (K Sai Pratheek-Gayatri Gopichand Pullela dari India), jadi kami dapat membuat persediaan untuk perlawanan hari ini.
“Kami gembira dapat mara ke separuh akhir pertama dalam acara 500. Kian Meng-Pei Jing adalah senior kami, telah berlatih dengan mereka selama bertahun-tahun, kami tahu kelemahan masing-masing. Jadi, kami perlu memikirkan pelan permainan terbaik kami untuk esok,” kata Chen Tang Jie
Dalam pada itu, impian untuk melihat Chan Peng Soon –Â Valeree Siow mara ke separuh akhir tidak kesampaian apabila tewas 14-21, 13-21 ke atas pilihan kedua kejohanan Rodion Alimov-Alina Davletova dari Rusia.
“Lawan kami hari ini sangat berkualiti. Secara keseluruhannya, saya rasa gandingan kami memuaskan walaupun kami perlu menambah baik lagi kombinasi jika ingin mencabar pasangan teratas,” kata Peng Soon.
Bergu lelaki menyaksikan Teo Ee Yii – Ong Yew Sin mara ke separuh akhir selepas menundukkan wakil tuan rumah, Ishaan Bhatnagar – Sai Pratheek K 21-7, 21-7 dan akan berdepan pilihan pertama dari Indonesia, Mohamad Ahsan – Hendra Setiawan
Melengkapkan emoat wakil negara ke separuh akhir, Ng Tze Yong yang sekali lagi mempamer kebangkitan apabila bangkit daripada kekalahan di set pertama untuk menang 9-21, 21-8, 21-16 ke atas pemain Ireland Nhat Nguyen dan akan bertemu pilihan ketiga tuan rumah, Lakshya Sen.
Wakil tunggal bergu wanita, Vivian Hoo – Lim CHiew Sien tumpas di tangan wakil Rusia, Anastasiia Akchurina – Olga MorozovaÂ