Pasangan beregu lelaki negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani menghadirkan khabar berita gembiran selepas menempah tiket ke final Terbuka Jerman 2022 selepas mengejutkan pasangan He Ji Ting-Zhu Hao Dong dari China.
Pada set pertama, Sze Fei-Nur Izzuddin bermula garang apabila menewaskan pasangan dari China itu 21-12.
Tidak mahu menyerah kalah, Ji Ting-Hao Dong kembali memberikan saingan sengit di set kedua, sebelum Sze Fei-Nur Izzuddin berjaya mengesahkan tempat ke pentas akhir dengan kemenangan 21-18.
Beregu lelaki negara itu akan bertemu pasangan dari China, Liu Yuchen-Ou Xuanyi yang mengejutkan pilihan kelima dari Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Ramussen
Dalam pada itu, hasrat jaguh perseorangan badminton negara Lee Zii Jia untuk mengesahkan slot final tidak tercapai, apabila tewas kepada Kunlavut Vitidsarn dari Thailand dalam aksi separuh akhir.
Turun selaku pilihan kelima, Zii Jia bagaimanapun kurang menyengat ketika berdepan pemain dari Thailand yang menduduki ranking ke-20 dunia itu apabila tewas straight set 13-21, 12-21.