Aksi separuh akhir Kejohanan badminton 100PLUS Jelajah Remaja Elit 2022 Pusingan Akhir memperlihatkan penguasaan pemain pemain Persatuan badminton Malaysia yang nyata menjadi pemain pilihan untuk mengesahkan slot ke peringkat separuh akhir terutama kategori p[erseorangan lelaki bawah 16 tahun.

Muhammad Faiq antara yang paling awal mengesahkan slot ke separuh akhir selepas mengatasi lawannya hari ini di Stadium Juara Bukit Kiara.

Faiq memerlukan 35 minit untuk menundukkan Sng Wei Ming straight set 21-12, 21-10 sekaligus bakal berdepan Kee Is Qian yang menang ke atas Lee Yen Wei juga dengan kemenangan straight set 21-19, 21-16.

Mengikuti jejak Faiq dan Kee Is Qian seorang lagi wakil BAM, Kong Zhou Swin yang menundukkan Joshua Wong 21-14, 21-13 dalam masa 35 minit.

Melengkapkan slot separuh akhir perseorangan lelaki bawah 16 tahun Lok Hong Quan / Aaron Tai yang menundukkan Lok Hong Quan / Aaron Tai 21- ##, 21-##.

Perseorangan perempuan bawah 16 tahun tidak kurang menariknya dimana wakil negeri Pulau Pinang, Oo Shan Zi mara ke pusingan separuh akhir selepas menang ke atas wakil Johor Dania Sofea Zaidi dalam aksi tiga set 21-15, 13-21, 24-22.

Oo Shan dijadual berdepan pemain BAM, Carmen Ting yang menang ke atas pemain kelahiran Pulau Pinang, Celine Ng 21-5, 21-16.

Satu lagi aksi separuh akhir menemukan dua wakil BAM, Clarissa San dan Siti Zulaikha Azmi Tan yang menang ke atas lawan masing masing di pusingan suku akhir hari ini.

Sementara itu, dalam aksi perseorangan lelaki bawah 14 tahun, Chiam Zi Yi yang beraksi untuk negeri Johor berjaya meraih slot separuh akhir selepas menang ke atas pemain BAM, Alwyn Chua 21-11, 21-17.

Tiga lagi slot didominasi pemain BAM iaitu, Lim Boon Le, Isyraf Hafizin, dan Muhammad Razin Aqeef yang menang ke atas lawan masing masing.

Perseorangan perempuan bawah 16 tahun turut menyaksikan seorang wakil negeri iaitu Saidatul Saadiah Muhammad berjaya merampas satu slot separuh akhir selepas melakar kemenangan ke atas Lee Joine dari Pulau Pinang 21-10, 21-14.

Tiga lagi slot separuh akhir milik BAM yang diwakili Genevie Lim, Ong Xin Ru dan Chloe Lam yang menundukkan lawan masing masing.

Kesemua pemain akan beraksi dalam peringkat kumpulan secara round robin untuk memburu slot ke suku akhir sekaligus menentukan siapakah yang bergelar juara bagi edisi 2022.

Kejohanan Badminton 100PLUS Jelajah Remaja Elit 2021 di bahagi kepada tiga kumpulan.

Kumpulan A terdiri dari negeri Perak, Selangor, Kuala Lumpur, dan Kelantan. Kumpulan B pula terdiri daripada negeri Putrajaya, P Pinang, Pahang, N Sembilan dan Johor sementara kumpulan C melibatkan negeri Sabah, Perlis, Kedah, Terengganu dan Sarawak.

Kejohanan melibatkan kategori bawah 12 tahun, 14 tahun, dan 16 tahun perseorangan dan bergu lelaki dan wanita.

100PLUS JET berlangsung sebanyak dua pusingan dimana pemain pemain terbaik bagi setiap kumpulan layak beraksi ke perlawanan 100PLUS Jelajah Remaja Elit 2022 Pusingan Akhir yang berlangsung di Stadium Juara Bukit Kiara.

- Advertisement -