Kejohanan badminton 100PLUS Jelajah Remaja Elit 2022 Pusingan Akhir bakal menyaksikan pertarungan sengit diantara pemain pemain Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang mengisi slot final bagi saingan perseorangan lelaki.
Acara separuha akhir perseorangan lelaki, Muhammad Faiq paling awal mengisi slot final esok selepas menang ke atas Kee Is Qian 21-16, 21-14 dalam masa 30 minit.
Muhammad Faiq akan berdepan rakan sepasukan Lok Hong Quan yang menang ke atas Kong Zhou Swin 21-16, 21-14 dalam satu lagi aksi separuh akhir yang berlangsung di Stadium Juara, Bukit Kiara hari ini.
Aksi perseorangan perempuan menyaksikan seorang wakil negeri berjaya meloloskan diri ke perlawanan akhir.
Wakil Pulau Pinang, Oo Shan Zi nyata mencuri tumpuan hari ini apabila bangkit daripada kekalahan di set pertama sekaligus menundukkanpemain BAM, Carmen Ting dengan keputusan 17-21, 21-17, 21-17.
Oo Shan Zi akan berdepan seorang lagi pemain BAM, Siti Zulaikha Azmi Tan yang mara ke pentas final selepas menang ke atas Clarissa Tan 21-19, 21-18 .
Aksi separuh akhir melibatkan bergu lelaki bawah 16 tahun turut berlangsung hari ini. Aksi melibatkan dua wakil BAM, Aaron Tai – Kang Khai Xing dan Lok Hong Quan – Muhammad Faiq.
Kemenangan memihak Aaron Tai – Kang Khai Xing 21-18, 14 -21, 23-21 sekaligus bakal berdepan bergu dari Johor, Siau Yun Hang – Tan Jia Le yang menundukkan bergu Sabah, Hafiz Hakimi Hashim – Muhammad Nur Azhar Zunaide 12-21, 21-13, 21-14.
Aksi final bergu perempuan bawah 16 tahun pula menyaksikan pertembungan diantara dua bergu BAM, Carmen Ting – Ong Xin Yee  dengan Clarissa San – Tan Zhing Hui
Carmen Ting – Ong Xin Yee menundukkan Noraqilah Maisarah – Siti Zulaikha 21-16, 18-21, 21-18 sementara Clarissa San – Tan Zhing Hui menundukkan Eng Ler Qi – Lee Yu Shan 21-11, 27-25.
Bagi saingan perseorangan lelaki bawah 14 tahun, aksi fional akan menemukan Lim Boon Le (BAM) dengan Muhammad Razin Aqeef (BAM) manakala Genevie Lim (BAM) dan Chloe Lam (BAM) akan berentap di pentas final esok bagi acara perseorangan perempuan bawah 16 tahun.
Kesemua pemain beraksi dalam peringkat kumpulan secara round robin untuk memburu gelaran juara kumpulan sekaligus mara slot ke suku akhir bagi menentukan siapakah yang bergelar juara bagi edisi 2022.
Kejohanan Badminton 100PLUS Jelajah Remaja Elit 2021 di bahagi kepada tiga kumpulan.
Kumpulan A terdiri dari negeri Perak, Selangor, Kuala Lumpur, dan Kelantan. Kumpulan B pula terdiri daripada negeri Putrajaya, P Pinang, Pahang, N Sembilan dan Johor sementara kumpulan C melibatkan negeri Sabah, Perlis, Kedah, Terengganu dan Sarawak.
Kejohanan melibatkan kategori bawah 12 tahun, 14 tahun, dan 16 tahun perseorangan dan bergu lelaki dan wanita.
100PLUS JET berlangsung sebanyak dua pusingan dimana pemain pemain terbaik bagi setiap kumpulan layak beraksi ke perlawanan 100PLUS Jelajah Remaja Elit 2022 Pusingan Akhir yang berlangsung di Stadium Juara Bukit Kiara.