JOHOR semakin mengorak langkah meninggalkan pesaingnya untuk terus mendahului kedudukan keseluruhan dengan meraih lapan lagi pingat emas pada saingan hari kelima SUKMA XX MSN 2022, hari ini.Â
Pada hari yang menawarkan 30 emas hari ini,  kontingen Johor menggandakan kejayaan emas hari ini berbanding semalam (7 emas) menerusi olahraga (2 emas) , berbasikal (2), karate (1) dan wushu 2 emas.Â
Kejayaan meraih 15 emas setakat ini meletakkan Johor di tangga teratas manakala Melaka terus bertahan di kedudukan kedua selepas terus menguasai wushu dengan meraih dua emas lagi menerusi Si Shin Peng (Changquan Lelaki) dan Tan Zhi Yan (Taijijian Lelaki).Â
Johor cemerlang menerusi kejayaan emas Umar Osman dalam olahraga 400m Lelaki dan J. Puspha Letchumy dalam Lari Berhalangan 3000 meter.Â
Pelumba basikal wanita Siti Nur Adibah Akma pula sukar digugat dalam acara lebuhraya wanita dengan kejayaan emas acara Lepas Beramai-ramai 100km di Bandar baru Sendayan, sebelum membantu Johor meraih emas dalam Lepas Beramai-ramai Wanita Berpasukan.Â
Dalam pada itu, kontinjen Sabah semakin menyerlah, melonjak tiga tangga dari kedudukan ke-6 semalam kepada ke-3 hari ini selepas kejayaan Andra Anura @Anuar dalam Lompat jauh Lelaki dan Chelsea Cassiopea Evali dalam 400m Wanita.Â
Skuad wushu Sabah terus menjulang kejayaan menerusi Muhammad Hanif Abdullah (Sanda Lelaki 56kg) dan Muhammad Akid Azlan (Sanda Lelaki 60kg).
Atlet karate wanita Amirah Syahirah Azlan juga memastikan tidak terlepas menyumbang emas buat Sabah apabila menjuarai acara Wanita 68kg.Â
Pulau Pinang di kedudukan ke-4 biarpun terikat dengan jumlah emas yang sama dengan Sabah (7) selepas tiga emas diraih menerusi Sriven Tan (olahraga Jalan Kaki 10km Lelaki) dan Wilson Quaik dalam Decathlon Lelaki, manakala Lim Hui Ling (kata wanita) dan Chuah Sangyang dalam wushu (Nando Lelaki).Â
Malang bagi Wilayah Persekutuan yang akur turun dua tangga dari ke-3 semalam kepada ke-5 hari ini, selepas sekadar menghasilkan satu emas menerusi G. Kathish.Â
Dalam pada itu, tumpuan utama hari ini terjurus kepada pertembungan pecut 100 meter di Stadium Nasional Bukit Jalil,yang menyaksikan pelari pecut kebangsaan Muhammad Azeem Mohd Fahmi dari Perak dinobat sebagai juara.Â
Azeem mencatat 10.25saat untuk menepati ramalan meraih emas, dengan mengetepikan pencabar terdekat Muhammad Arsyad Md Saat (10.46s) dari Johor dan pelari Negeri Sembilan, Muhammad Haiqal Hanafi (10.50s). Begitupun, rekod temasya 10.18s yang milik Khairul Jantan yang dicatat pada SUKMA Sarawak 2016, masih kekal.Â
Dalam saingan pecut 100m wanita pula, Nor Sarah Adi dari Pahang juga menepati ramalan meraih emas selepas mencatatkan masa 11.92 pada akhir hari ini.
Esok berlangsung upacara pembukaan yang pastinya menampilkan kemeriahan tersendiri. Namun di arena pertandingan, saingan tetap sengit  dengan 25 emas lagi menjadi rebutan buat  kontinjen dengan olahraga di Stadium Nasional Bukit Jalil menawarkan emas paling banyak (10) dan mempertaruhkan 10 emas manakala memanah, yang memulakan saingan esok menawarkan empat emas selain petanque, gimnastik dan muay thai yang turut menawarkan emas.Â