KEJAYAAN skuad kenu Johor mendominasi saingan hari pertama di Kompleks Sukan Air Presint 6 Putrajaya hari ini membantu kontinjen Johor terus mengukuhkan kedudukan sebagai pendahulu temasya SUKMA XX MSN 2020Â Â selepas lapan hari pertandingan.Â
Kejayaan membolot lima daripada enam emas yang dipertandingan di Putrajaya itu melebarkan lagi jurang antara Johor dengan pesaing terdekat Sabah yang meraih dua emas hari ini.Â
JOHOR mendominasi saingan kenu menerusi kejayaan emas selain mencatat rekod kebangsaan yang  baru dalam K2 1000m lelaki, K2 1000m Wanita, K4 1000m Lelaki, K4 1000m Wanita dan K1 1000m lelaki menerusi Montoya Raw Michael.
Olahraga yang menutup tirai hari ini menyerlahkan kejayaan besar skuad Johor yang meraih empat emas menerusi  Larian 100m Lelaki, 200m Lelaki (Arsyad  Mad Saat), 4x400m Lelaki berganti-ganti dan 1500m wanita.Â
Keseluruhannya, sumbangan 9 emas, 6 perak dan 7 gangsa oleh skaud olahraga nyata menjadi tonggak membantu Johor pada kedudukan teratas setakat ini. .Â
Johor nyata kukuh dengan mengekalkan kedudukan pertama di carta pingat, dengan 29 emas, 17 perak dan 13 gangsa, manakala SABAH di tangga kedua dengan 13 emas, 12 perak dan 11 gangsa. Terengganu kekal di tempat ke-3 keseluruhan  dengan 12 emas setakat ini.Â
Wilayah Persekutuan memanjat dua tangga daripada ke-6 kepada ke-4 hari ini, terima kasih di atas sumbangan emas skuad olahraga (3 emas dari Winnie Ng 100m Lari Berpagar, skuad 4×400 Wanita Eng May Xin Heptatlon Wanita) manakala satu lagi emas daripada acara  menembak  50m Pistol.Â
Dalam pada itu, acara 200m nyata mencuri tumpuan membabitkan pertembungan dua jaguh pecut negara ketika ini, Muhammad Azeem Fahmi dan Arsyad Mad Saat. Azeem yang meraih 100m emas sebelum ini, bagaimanapun terpaksa berputih mata dan akur sekadar membawa pulang pingat perak selepas mengalami kekejangan otot di akhir larian dan dipintas oleh Mohamad Arsyad  yang meraih emas.Â
Kem Sabah juga ceria dengan kejayaan pemain  boling negeri, Nevel Netaneel Marcellinus yang berjaya meraih emas Perseorangan Lelaki selain kejayaan Benedict Ian Gawok dalam 110m Lari Berpagar.
Keseluruhanya, 30 emas dimenangi hari ini dengan Johor meraih emas terbanyak (11), diikuti Wilayah Persekutuan  (4), Sabah, Terengganu, Sarawak, Selangor dan Perlis (2 emas) manakala Perak, Pahang, Pulau Pinang, Negeri Sembilan  dan Melaka masing-masing satu emas.Â
Dalam pada itu, saingan suku akhir bolasepak juga dijangka sengit esok dengan Wilayah Persekutuan melawan Johor, Selangor bertemu Pahang, Perlis menantang Terengganu dan Kelantan bertembung dengan Negeri Sembilan.Â
Jumlah besar 42 emas dipertandingkan esok dengan emas terbanyak dalam Gimnastik Artistik (9 emas),  menembak (6), bowling (2), kenu (6) dan berbasikal (2).Â
Renang memulakan saingan dengan 8 emas esok, selain E-Sports (5 emas) dan Angkat Berat yang menawarkan 4 emas.Â