Atlet karate R. Sharmendran akan menjadi pembawa bendera negara pada majlis perasmian Sukan SEA 2023 yang ditetapkan pada 5 Mei 2023 di Stadium Nasional Morodok Techo.
“Selepas menilai senarai pendek tujuh calon, MOM memilih Sharmendran berdasarkan dua kriteria – prospek pingat dan pengalaman,” kata Tan Sri Norza Zakaria, Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM).
Sharmendran yang berusia 30 tahun, akan memburu pingat emas keempat berturut-turut dalam acara kumite 75kg lelaki, setelah muncul juara dalam acara yang sama sejak Sukan SEA 2017.
Beliau akan menjadi eksponen karate kedua yang mengibarkan Jalur Gemilang dalam upacara pembukaan sukan dwitahunan itu selepas R. Puvaneswaran, yang merupakan pembawa bendera Sukan SEA 2003 di Hanoi, Vietnam.
Edisi ke-32 Sukan SEA akan diadakan di Phnom Penh, Kemboja dari 5-17 Mei 2023.