Kejohanan Hoki Hero Trofi Juara-Juara Asia, Chennai, India 2023 akan membuka tirai secara rasmi bermula 3 hingga 12 Ogos 2023 dan hari ini, Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) secara rasminya mengumumkan barisan 20 pemain yang akan membawa cabaran Malaysia di kejohanan tersebut.
Pengumuman senarai tersebut telah diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan, Dato’ Najmi Razak dalam satu sidang media di Pejabat KHM yang turut dihadiri oleh Pengurus Pasukan Senior Lelaki Kebangsaan, Dato’ Mirnawan Nawawi, Ketua Jurulatih Pasukan Senior Lelaki Kebangsaan, Coach A. Arulselvaraj dan Ketua Pegawai Eksekutif KHM, En. Nishel Kumar.
Kejohanan edisi ke-7 ini menyaksikan Malaysia akan menerima tentangan daripada tuan rumah India, Korea, Jepun, China serta Pakistan dan menerusi senarai pemain yang diumumkan, turut disenaraikan adalah dua pemain yang dipanggil kembali beraksi bersama pasukan kebangsaan, Mohd Fitri Saari dan Abdul Khaliq Hamirin.
Pengendali Skuad Senior Lelaki Kebangsaan, Coach A. Arulselvaraj menjelaskan Kejohanan Hoki Hero Trofi Juara-Juara Asia merupakan landasan terakhir untuk pasukan melakukan persiapan ke Temasya Sukan Asia Hangzhou dan pemilihan pemain yang dilakukan meliput setiap aspek termasuk tahap kecergasan pemain serta pemulihan kembali daripada kecederaan.
“Pasukan telah melakukan persiapan untuk ke Kejohanan dan melalui fasa kesesuaian fizikal serta program khas bagi memantapkan lagi pasukan.
“Kami juga telah mendapatkan khidmat Glenn Turner dan Kieran Govers dalam memantapkan lagi corak serangan selain kami turut memberikan tumpuan kepada struktur pasukan ketika melakukan serangan balas.
“Saya berharap di kejohanan ini pemain akan menunjukkan kesungguhan dan usaha yang lebih daripada 100% serta yang paling penting mereka percaya kepada diri sendiri.
“Pasukan telah melakukan persiapan yang maksimum menuju ke kejohanan ini jadi pemain perlu percaya meraka boleh memberikan aksi yang terbaik serta mampu untuk melakukannya kerana kepercayaan diri yang tinggi itu akan meningkatkan lagi kepercayaan pasukan serta antara satu sama lain bahawa mereka boleh beraksi dengan terbaik,” ujar beliau.
Skuad Senior Lelaki Kebangsaan akan berlepas ke Chennai, India pada Sabtu (29 Julai 2023) dan akan membuka tiria kejohanan pada 3 Ogos 2023.
Berikut merupakan senarai 20 pemain Skuad Senior Lelaki Kebangsaan yang bakal beraksi di Kejohanan Hoki Hero Trofi Juara-Juara Asia, Chennai, India, 2023.
NO | NAMA | POSISI |
1 | MUHAMMAD HAFIZUDDIN OTHMAN | PENJAGA GOL |
2 | MOHD ZAIMI MAT DERIS | PENJAGA GOL |
3 | MUHAMMAD RAZIE ABD RAHIM | PERTAHANAN |
4 | MUHAMMAD MARHAN MOHD JALIL | PERTAHANAN |
5 | MUHAMMAD NAJMI FARIZAL JAZLAN | PERTAHANAN |
6 | MUHAMMAD AMINUDDIN MOHD ZAIN | PERTAHANAN |
7 | MUHAMMAD SYAFIQ HASSAN | PERTAHANAN |
8 | MUHAJIR ABDU RAUF | PERTAHANAN |
9 | MUHAMMAD NAJIB ABU HASSAN | PERTAHANAN |
10 | MUHAMMAD AMIRUL HAMIZAN AZAHAR | PERTAHANAN |
11 | FAIZ HELMI JALI | TENGAH |
12 | MEOR MUHAMMAD AZUAN HASSAN | TENGAH |
13 | SHELLO SILVERIUS | TENGAH |
14 | MUHAMMAD AZRAI AIZAD ABU KAMAL | TENGAH |
15 | ABDUL KHALIQ HAMIRIN | TENGAH |
16 | MUHAMMAD FIRHAN ASHAARI | PENYERANG |
17 | FAIZAL SAARI | PENYERANG |
18 | MOHAMAD ASHRAN HAMSANI | PENYERANG |
19 | MUHAMAD RAMADAN ROSLI | PENYERANG |
20 | MOHD FITRI SAARI | PENYERANG |
Berikut merupakan barisan Pengurusan dan Kejurulatihan yang akan bersama ke Kejohanan Hoki Hero Trofi Juara-Juara Asia, Chennai, India 2023.
NO | NAMA | POSISI |
1 | DATO’ MIRNAWAN NAWAWI | PENGURUS PASUKAN |
2 | ARULSELVARAJ ANTHONISAMI | KETUA JURULATIH |
3 | AZRUL EFFENDY BISTAMAM | PENOLONG JURULATIH |
4 | KUMAR SUBRAMANIAM | JURULATIH PENJAGA GOL |
5 | THOMAS MICHAEL DROWLEY | JURULATIH KECERGASAN |
Berikut merupakan jadual perlawanan pasukan Malaysia dalam liga satu pusingan di Kejohanan Hoki Hero Trofi Juara-Juara Asia, Chennai, India 2023.
NO | HARI / TARIKH | MASA
(WAKTU MALAYSIA) |
PERLAWANAN |
1 | KHAMIS / 3 OGOS | 20:45 | MALAYSIA lwn PAKISTAN |
2 | JUMAAT / 4 OGOS | 20:45 | CHINA lwn MALAYSIA |
3 | AHAD / 6 OGOS | 23:00 | MALAYSIA lwn INDIA |
4 | ISNIN / 7 OGOS | 18:30 | JEPUN lwn MALAYSIA |
5 | RABU / 9 OGOS | 20:45 | MALAYSIA lwn KOREA |