PERSATUAN Kanak-Kanak Spastik Selangor & Wilayah Persekutuan (SCAS&FT) mensasarkan 5,000 penyertaan dari pelbagai lapisan masyarakat dan komuniti Orang Kurang Upaya (OKU) pada acara amal tahunan Walk-Jog-Wheel A-Thon ke-28 yang dijadualkan di Dataran Merdeka pada 19 November ini.
Acara Amal Walk-Jog-Wheel A-Thon ke-28 itu merupakan acara amal tahunan anjuran SCAS&FT yang bertujuan mengumpul dana bagi persatuan khusus bagi kanak spastik serta 30 Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) yang lain, disamping memperkasa dan meningkatkan kesedaran mengenai usaha inklusif dan kebajikan golongan OKU di negara ini.
Pelancaran acara bagi mengumpul dana itu disempurnakan secara rasmi oleh Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datoā Sri Hajah Nancy Shukri di pusat pemulihan dan pembelajaran Kanak-kanak Spastik, SCAS&FT di sini.
Turut hadir pada majlis berkenaan termasuk ahli Dewan Negara Senator Isaiah D Jacob dan President SCAS&FT Datoā Hong Yee Keong.
Penganjur acara SCAS&FT berharap acara amal berkenaan dapat menarik penyertaan lebih ramai berbanding edisi ke-27 pada Januari lepas yang menyaksikan penyertaan hampir 2,000 perserta dari kalangan orang ramai, penaja, persatuan serta lebih 200 peserta OKU dari pelbagai kecacatan.
Pendaftaran dan sumbangan kini dibuka dan boleh dilakukan menerusi pautan: https://www.heyjom.com/events/384.
Acara berkenaan terbahagi kepada dua kategori iaitu 2km Berjalan Bersama OKU dengan yuran penyertaan RM50 dan acara 7km (Terbuka) dengan yuran penyertaan RM70.
SCAS&FT, di bawah naungan DYMM Sultan Selangor, sudah menganjurkan acara amal berkenaan sejak tahun 1994 dengan kerjasama Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat serta NGO OKU yang lain.
Datoā Sri Hajah Nancy dalam ucapannya memuji inisiatif SCAS&FT dalam penganjuran acara tersebut sejak 1994 bagi mengumpul dana untuk menampung operasi persatuan itu dan NGO OKU lain, serta meningkatkan kesedaran mengenai kanak-kanak spastik dan juga golongan OKU kecacatan lain.
āPihak Kementerian sentiasa peka dan gigih berusaha memperkasa agenda inklusif dan memastikan kebajikan golongan OKU di negara ini terbela dan sentiasa diberi perhatian.
Golongan OKU telah membuktikan kemampuan dalam pelbagai bidang termasuk sukan, sosial, ekonomi negara selain kecemerlangan pendidikan. Seharusnya, kita sebagai rakyat Malaysia, tanpa mengira apa juga latarbelakang, bangsa atau perbezaan, bersatu dan menyokong usaha-usaha dari NGO seperti SCAS&FT yang sentiasa berusaha untuk memperbaiki nilai kehidupan golongan OKU menerusi pelbagai cara,ā kata Datoā Sri Nancy.
Beliau menyeru penyumbang dari kalangan syarikat, organisasi korporat, penaja dan masyarakat keseluruhan bergabung tenaga menyokong usaha SCAS&FT dan NGO lain untuk mengumpul dana untuk digunakan menampung dan membiayai perbelajaan pengurusan dan juga kebajikan kanaka-kanak spastik dan komuniti OKU lain.
āSaya menyeru syarikat korporat, perniagaan, organisasi, penaja dan orang ramai untuk tampil membantu dengan menyertai acara amal ini samada menerusi sumbangan wang, barangan, perkhidmatan atau apa saja inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat masing-masing,ā kata beliau.
Pengerusi Jawatankuasa Acara Datoā Jeffrey Ching berkata SCAS&FT menyasarkan penyertaan lebih besar pada edisi kali ini yang diharap dalam merealisasi usaha mengumpul dana yang lebih besar bagi tujuan pembiayaan pelbagai program di SCAS&FT.
Datoā Sri Nancy sebelum itu meluangkan melawat fasiliti dan program yang dikendalikan untuk kanak-kanak spastik di pusat pembelajaran dan pemulihan setempat SCAS&FT termasuk seperti fisioterapi, hydroterapi, pendidikan khas, , seni dan kraftangan, latihan sukan kompetitif bagi peringkat Paralimpik, kemahiran hidup, bengkel kerja tangan, latihan vokasional dan program terapi musik.