Dengan penyingkiran mereka dari Piala Asia AFC 2023 sudah ditentukan, ketua jurulatih Malaysia Kim Pan-gon berkata bahawa pasukan akan beraksi habis-habisan menentang Korea Selatan seterusnya kerana mereka ‘tiada apa yang nak dirugi.’
Malaysia terpaksa akur dengan dua kekalahan – 4-0 kepada Jordan dan kemudian 1-0 kepada Bahrain dalam dua perlawanan pertama mereka dalam Kumpulan E Piala Asia AFC 2023.
Skuad Malaysia akan menentang Korea Selatan dibawah kendalian Jurgen Klinsmann malam ini di Stadium Al Janoub di Al Wakrah.
“Selepas dua perlawanan, sudah diputuskan bahawa kami tidak berpeluang masuk ke pusingan seterusnya,” kata Pan-gon.
“Ia sukar untuk kame terima kerana itu adalah sasaran kami untuk kejohanan ini.
“Kami berdepan gergasi dalam perlawanan terakhir kami tetapi ia adalah satu cabaran yang positif untuk kami kerana tiada apa yang nak dirugi.
Bergantung pada keadaan, mungkin kita mendapat sesuatu dari Korea Selatan. Kita boleh menggunakan ini sebagai asas untuk masa depan.”