
Pemain kelahiran Sabah, Mohd Rafiq Anugerah Ali mengekalkan status sebagai pendahulu bagi kategori 17 tahun dan ke bawah Kejohanan Golf Remaja 100PLUS Srixon Pusingan Kelayakan bagi Zon Timur
Berlangsung di Kelab Golf Miri, Sarawak Mohd Rafiq masih mengekalkan kedudukan pendahulu selepas bermain 36 lubang. Hari Kedua, Rafiq mengumpul 74 pukulan 2 di atas par untuk catatan terkumpul 145 pukulan 1 di atas par.
Hari pertama, beliau paling cemerlang dengan 71 pukulan 1 dibawah par.
Kedudukan Rafiq bagaimanapun belum cukup selesa kerana hanya dipisahkan dengan tiga pukulan didepan PS Sri Raam yang mengekalkan catatan sama 74 pukulan 2 di atas par selepas dua hari untuk mengumpul empat di atas par keseluruhan.
Persaingan bagi tangga ketiga juga tidak kurang sengit menyaksikan Connor Liew yang mengumpul 150 pukulan 6 di atas par keseluruhan berdepan cabaran Kim Myeon dan ZD Dylan yang mencatat 155 pukulan 11 di atas par.
Kategori 17 tahun dan ke bawah perempuan memperlihatkan penguasaan Park Kyoung Won yang mengekalkan status sebagai pendahulu selepas mengumpul 165 pukulan 21 di atas par selepas dua pusingan.
Kedudukannya tampak selesa meskipun pemain dari Sabah, Jamie Tan menghuni tangga kedua dengan catatan terkumpul selepas bermain 36 lubang, 169 pukulan 25 di atas par.
Namun Jamie berdepan saingan sengit untuk kedudukan kedua dan ketiga kerana Livia Lau hanya ketinggalan satu pukulan untuk menghuni tangga ketiga.
Empat pemain teratas bagi setiap kategori layak beraksi di Pusingan akhir Kejuaraan Golf Remaja 100PLUS Srixon 2024.
KEPUTUSAN LELAKI 17 TAHUN DAN KE BAWAH
1 MOHD RAFIQ AA (SABAH) 71 74 145
2 SRI RAAM PS (KGM) 74 74 148
3 CONNOR LIEW (GM) 79 71 150
4 KIM MIYEON (TP) 77 78 155
5 DYLAN ZD (KGK) 77 78 155
KEPUTUSAN PEREMPUAN 17 TAHUN DAN KE BAWAH
1 PARK KYOUNG WON (SAUJANA) 84 81 165
2 JAMIE TAN HY (SABAH) 90 79 169
3 LIVIA LAU KL (KGM) 84 86 170
4 NAYOMI SIM LL (SWK) 96 91 187
5 MYRA LISA MM (SWK) 94 93 187