Pemain bergu lelaki negara, Aaron Chia – Soh Wooi Yik memastikan pingat pertama negara berjaya diraih di pentas Olimpik Paris 2024 selepas merangkul pingat gangsa pada hari ini.

Arena Porte De La Chappel nyata menjadi saksi pertarungan penentuan pingat gangsa diantara Aaron Chia – Soh Wooi Yik dan Anders Skaarup Rasmussen – Kim Astrup selepas kedua duanya tewas dipentas separuh akhir.

Permainan yang cukup getir dan saling berkejaran mata atau point to point berlangsung di awal permainan namun Rasmussen – Astrup nyata lebih bersedia untuk menekan bergu negara sekaligus menang 21-16

Namun kebangkitan yang cukup meyakinkan oleh Aaron – Wooi Yik terutama dipenghujung set kedua meskipun ketinggalan 14-17, bergu negara ini mampu untuk mengejar, mengikat kedudukan 20 sama sebelum menang 22-20 sekaligus mengheret permainan ke set penentuan.

Giliran Aaron Wooi Yik mendahului saingan sebelum Kim Astrup – Anders Skaarup Rasmussen bangkit dari ketinggalan 11-17 memberi tentangan untuk mengikat kedudukan 18 sama.

Nyata seluruh rakyat Malaysia berdebar menantikan detik manis apabila sekitar 10.15 malam waktu Malaysia, Aaron Chia – Soh Wooi Yik keluar dari gelanggang selepas bertarung selama 74 minit dengan kemenangan 21-19.

Kemenangan ini sekaligus menyaksikan Aaron Chia – Soh Wooi Yik mempertahankan pingat gangsa yang dimenangi ketika di Tokyo 2020 dimana mereka menundukkan Mohamed Ahsan – Hendra Setiawan

- Advertisement -