Tanggal 11 Ogos nyata cukup mendebarkan untuk Malaysia apabila insiden pahit yang melanda ke berbasikal trek negara di dalam saingan Keirin.

Namun Muhd Shah Firdaus Sahrom kembali menghidupkan impian untuk menambah koleksi pingat buat Malaysia apabila mengesahkan slot ke peringkat suku akhir acara Keirin.

Nasib pelumba kelahiran Kuala Selangor ini hampir sama dengan Datuk Azizul Hasni Awang namun dibenarkan bertanding selepas rayuan pegawai Malaysia diterima.

Bebanan yang dipikul Shah Firdaus nyata cukup berat namun pelumba berusia 28 tahun itu membuktikan beliau bersedia untuk menggalas tugas yang ditinggalkan Datuk Azizul apabila mengungguli saingan repechage apabila menamatkan perlumbaan dikedudukan pertama didepan Nick Wammes dari Kanada sekaligus menempah tiket ke suku akhir yang dijadual berlangsung pada petang Ahad.

- Advertisement -