Peluang kem badminton para negara untuk memburu emas dilihat semakin cerah. Ia susulan dua pemain perseorangan lelaki negara mara ke separuh akhir SU5.
Muhammad Fareez Anuar mengekalkan rekod tanpa kalah di temasya sukan terbesar dunia itu apabila menundukkan Taiyo Imai dari Jepun dalam aksi terakhir kumpulan B
Bagaimanapun Fareez dipaksa berkerja keras sebelum memenangi perlawanan. Dia tewas set pertama 17-21, bangkit dengan rentak meyakinkan untuk menang dua set berikutnya 21-17, 21-17 dalam masa 72 minit.
Menerusi kemenangan itu, Fareez muncul juara kumpulan B dengan rekod bersih 100 peratus kemenangan. Menantinya di separuh akhir adalah pemain Indonesia, Surio Nugroho yang muncul naib juara kumpulan A
Cheah Liek Hou berpeluang mempertahan pingat emas yang dimenangi di temasya paralimpik Tokyo 2020, selepas menguasai saingan kumpulan A, perseorangan lelaki SU5.
Pemain nombor 1 dunia itu, tiada masalah untuk mengatasi cabaran lawan dari indonesia, Suryo Nugroho dengan straight set 21-10,21-13.
Lebih menarik, Liek Hou dan Fareez berpeluang bertemu sesama sendiri di pentas akhir, merebut pingat emas sekiranya mereka berjaya menewaskan lawan masing-masing yang kedua-duanya dari Indonesia.
Liek hou bakal bertemu naib juara kumpulan B, Anrimusthi Dheva, manakala Fareez akan berdepan dengan Nugroho Suryo.
Allianz Malaysia merupakan penaja utama Program Para sejak 2022 sehingga kini dan telah menyambung kontrak bersama Majlis Sukan Negara sehingga 2028 bagi menyokong Program Pembangunan Para sehingga ke Program Podium Para.