foto – FAM



Jaringan cantik pemain Tajikistan, Khushkatov Dzhovidon dipenghujung perlawanan merentap peluang skuad Bawah 19 tahun negara untuk menempah slot ke Piala Asia Bawah 20 tahun (B-20) 2025 untuk menang 1-0 ke atas anak didik Pau Martin Vicente pada aksi ketiga Kumpulan E di Stadium Republican Central.

Kemenangan itu sekaligus meletakkan Tajikistan di tangga kedua dengan enam mata di belakang Korea Utara yang sudahpun mengesahkan kedudukan selaku juara Kumpulan E dengan 10 mata.

Meskipun boleh mengesahkan kedudukan selaku naib juara Kumpulan E jika menewaskan Sri Lanka sambil mengharapkan Oman menewaskan Tajikistan pada aksi terakhir, namun itu tidak cukup untuk Malaysia mara selaku lima naib juara terbaik.

Ini kerana kemenangan ke atas Sri Lanka tidak akan dikira dalam penentuan lima naib juara terbaik dan itu meninggalkan Malaysia dengan peluang sukar apabila hanya mengutip empat mata.

Pada aksi terbabit, skuad negara memiliki deretan peluang untuk mencetak gol namun ketumpulan penyudah nyata menghampakan Pau Martin Vicente.

- Advertisement -