Fraser & Neave Holdings Berhad (F&N) dan Majlis Sukan Negara (MSN) telah mengadakan program kolaborasi penyerahan sumbangan kepada bekas atlet kebangsaan sempena sambutan hari Deepavali yang akan diraikan oleh kaum beragama Hindu disekitar Lembah Kelang dan Pulau Pinang.

Tiga penerima merupakan atlet semasa iaitu; Geerijaieswaran Pillai Sivanesan (karate), Vikneswaran A/L R Tiagarajan (Para Boccia), dan Palavendiran A/LMuniandy (bina badan)

Manakala tiga lagi merupakan bekas atlet negara iaitu; Balle A/P Munisamy (Para Wheelchair Racing), David A/L V.G Cherian (Para Ping Pong) dan Saravanan Govindasamy (olahraga) merupakan bekas atlet yang kini menetap di Pulau Pinang

“Saya berterima kasih dan berharap kunjungan seperti ini dapat mengurangkan beban untuk menyambut perayaan masing masing,” kata Saravanan Govindasamy.

“Ucapan terima kasih kepasa MSN dan 100PLUS kerana mengurangkan beban kami untuk pulang ke kampung halaman dan menyambut hari raya Deepavali bersama saudara mara,”kata Balle A/P Munisamy.

Frasier & Neaves Holding Bhd (F&N) diwakili Pengurus Pengurusan Acara dan Penajaan, Muhd Fauzi Ahmad berkata, pihaknya sentiasa bekerjasama dengan MSN dan YAKEB untuk memberi sumbangan bagi meringankan beban atlet dan bekas atlet negara yang telah banyak berkorban untuk negara.

“Program ini adalah lanjutan daripada yang telah kita lakukan, menyumbang kepada atlet dan bekas atlet bagi sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Tahun Baru Cina. Kita berharap program ini akan berterusan di masa akan datang,” kata Muhd Fauzi.

Pengerusi YAKEB, Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed menambah,“Saya mengucapkan terima kasih kepada F&N dan Majlis Sukan Negara (MSN) untuk mengambil langkah langkah untuk terus membantu bekas bekas atlet.

“Kita di YAKEB mengalu alukan syarikat swasta untuk membantu atlet semasa dan bekas atlet yang mengalami beban kewangan untuk meringankan beban kerana mereka telah berjuang atas nama Malaysia,”kata Datuk Noorul Ariffin.

Turut hadir, Pegawai Eksekutif Bahagian Korporat Majlis Sukan Negata, Mohd Aminul Hakim Hani Salman.

- Advertisement -