
Jaguh MMA negara, Muhd Johan Ghazali Zulfikar mengharapkan tahun 2025 memberinya lebih banyak kejayaan selepas pencapaian yang diraih pada 2024.
Johan atau lebih dikenali dengan Jojo turut berkongsi, kehadiran penaja sedikit sebanyak membantu anak jati Sarawak itu untuk beraksi dengan lebih yakin tanpa terlalu memikirkan soal kewangan untuk mengharungi pertandingan yang disertai.
“Penaja seperti Nateskin memainkan peranan besar dalam perjalanan saya sebagai atlet. Ia bukan sahaja memberikan sokongan kewangan, tetapi juga menambah keyakinan dan motivasi saya untuk terus maju.
“Pada masa yang sama, saya juga dapat membantu penaja mengembangkan jenama mereka, seperti mana mereka membantu saya berkembang dalam karier saya,” kata Johan Ghazali
Namanya menggegar arena sukan di Malaysia khususnya kerana di usia 16 tahun tahun, beliau telah mendapat kontrak bersama ONE Championship bernilai AS$100,000 (RM460,000) dan merangkul tali pinggang kejuaraan setelah berjaya melepaskan pukulan knockout (KO) terhadap lawannya, Tai Sor Jor Piek Uthai, 24, juara dunia Muay Thai dua kali di Stadium Lumpinee.
Kehadiran Nateskin yang menjadi sebahagian daripada ‘keluarga’ nya juga banyak membantu dalam meningkatkan kualiti terutama ketika latihan.
“Saya memilih Nateskin kerana ia dikendalikan oleh orang-orang yang hebat dan berwawasan seperti Jared Chuah.
“Saya sangat mengagumi cara mereka membina jenama ini dengan penuh dedikasi dan inovasi. Mereka memahami kepentingan penjagaan diri dan keyakinan, terutamanya bagi atlet seperti saya yang sentiasa berada di gelanggang dan di mata umum.
“Kolaborasi ini bukan sahaja membantu saya kekal segar dan selesa sepanjang latihan, tetapi juga memberi peluang kepada saya untuk berhubung dengan lebih ramai orang di luar dunia Muay Thai,” katanya lagi.

Selain mengecapi kejayaan menewaskan lawannya di gelanggang, Jojo turut berkongsi pengalaman pahit yang pernah dihadapi sepanjang 2024.
“Perlawanan yang paling saya ingat adalah pertarungan yang saya kalah. Kekalahan itu mengajar saya banyak perkara—kelemahan yang perlu diperbaiki, strategi yang perlu diperkemaskan, dan paling penting, untuk terus bersikap kompetitif dan tidak berputus asa dalam mencapai matlamat saya.
“Setiap perlawanan, sama ada menang atau kalah, memberi saya pengalaman untuk menjadi lebih kuat,”.
Tambahnya lagi tiada yang lebih penting selain mendapat restu daripada keluarga nya sendiri untuk bergelar sebagai ‘fighter’ di dalam One Championship.

Bagi Jojo, ibu dan bapanya adalah tunjang utama dan memberi semangat juang yang cukup tinggi untuk mencapai keputusan yang positif dan tahu apa yang diperlukan serta risiko untuk bergelar sebagai petarung Muay.
“Keluarga saya adalah tulang belakang dalam hidup dan karier saya. Tidak kira menang atau kalah, mereka sentiasa berada di sisi saya.
“Mereka faham risiko dalam sukan ini tetapi tetap memberi galakan dan doa supaya saya terus berusaha dan mencapai impian saya. Saya sangat bersyukur atas sokongan mereka.
Saya percaya bahawa persiapan yang cukup akan membawa ketenangan. Selagi saya berlatih bersungguh-sungguh dan bersedia sepenuhnya, saya tidak akan berasa gementar.
Saya juga akan melakukan teknik visualisasi dan fokus kepada strategi pertarungan. Selain itu, menjaga diri juga penting—saya pastikan saya dalam keadaan selesa dan segar, dan di sinilah Nateskin membantu saya dengan produk mereka,” kata Jojo lagi.