Desmond

Kerancakkan saingan peringkat suku akhir Kejohanan badminton 100PLUS Sirkit Remaja Kebangsaan Grand Final 2018 semakin rancak dalam misi pemburuan gelaran juara khususnya kategori perseorangan lelaki dan perempuan bawah 16 tahun.

Edisi 2018 cukup menarik untuk disaksikan kerana dua pemain yang mempunyai pertalian kekeluargaan mempamer aksi mantap untuk melakar kemenangan sekaligus ara ke separuh akhir.

Edmond Anthony dan Arena Satu Samin melangkah ke pusingan separuh akhir selepas menewaskan lawan masing masing di pusingan suku akhir pada Sabtu 7 Julai.

Arena berdepan tentangan sengit sebelum melakar kemenangan ke atas wakil Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Vanessa Ng Po Lyn 21-15, 21-13 untuk memastikan slot separuh akhir menjadi miliknya.

Pemain yang berasal dari Kota Belud ini akan berdepan seorang lagi wakil BAM, Go Pei Kee di separuh akhir yang akan bermula lewat petang hari ini.

“Permainan saya lebih baik berbanding semalam. Lawan saya pada hari ini agak sukar kerana dia (Vanessa) mempunyai kemahiran dan stamina.

“Tetapi tahap kecergasan Vanessa rendah dan cepat penat dan ia memberi peluang kepada saya untuk menyerang dengan permainan panjang,”kata Arena.

Tambahnya lagi, “Sudah tentu saya berbangga untuk mara ke separuh akhir dan cuba mencapai kemenangan ketiga, tetapi saya tidak mahu terlalu yakin. Semangat saya semakin membara kerana abang (Demond Anthony) mara ke separuh akhir,”.

Goh Pei Kee paling awal mengisi slot ke separuh akhir selepas menundukkan Loh Zhi Wei dari Selangor.

Pei Kee memerlukan 27 minit untuk melakar kemenangan straight set 22-20, 21-15.

Hoe Shi Yun menjadi pemain BAM kedua yang mara ke separuh akhir selepas menundukkan pemain kelahiran Pulau Pinang, Khor Jing Wen.

Shi Yun bagaimanapun tidak diberi laluan mudah apabila tewas di set pertama sebelum bangkit untuk menang di dua set seterusnya dengan keputusan 21-23, 21-17, 21-9.

Penguasaan wakil BAM dalam acara perseorangan perempuan bawah 16 tahun diteruskan Isabel Liau Bei Yi yang melengkapkan jadual separuh akhir selepas mencatat kemenangan mudah ke atas pemain Selangor, Lim Qi Ling straight set 21-8, 21-14.

Dalam pada itu, aksi perseorangan lelaki bawah 16 tahun memperlihatkan penguasaan seimbang diantara pemain pemain negeri dan BAM.

Juara sirkit pertama Zon A, Demond Anthony Samin dari Sabah mengisi slot empat terbaik selepas menang ke atas Teh Jin Hong dari Pulau Pinang, straight set 21-16, 21-13.

Wakil BAM, Ong Zhen Yi mengisi slot kedua peringkat separuh akhir selepas menang ke atas wakil Johor S Muniandy straight set 21-14, 21-17 dalam pertarungan yang berlangsung selama 41 minit.

Pertembungan dua wakil BAM, Ng Yaw Pin dan Anson Cheong Yan Feng nyata sengit memaksa pemenang ditentukan menerusi rubber set.

Kemenangan memihak Ng Yaw Pin yang bangkit daripada kekalahan di set pertama untuk menang 14-21, 21-15, 21-15.

Melengkapkan jadual peringkat separuh akhir perseorangan lelaki bawah 16 tahun, Ong Ken Yong dari Melaka yang menundukkan pemain negeri Pulau Pinang Samuel Lee.

Turun dengan status juara sirkit kedua Zon A, Samuel Lee gagal untuk menandingi kehebatan Ong Ken Yon meskipun menang di set pertama sebelum kecundang dengan keputusan 21-16, 13-21, 17-21.

Saingan separuh akhir melibatkan perseorangan dan bergu bagi lelaki dan perempuan akan berlangsung lewat petang hari ini manakala aksi final dijadual berlangsung pada Ahad.

- Advertisement -