Akademi Badminton Malaysia (ABM) rancak dengan sesi latihan selepas 64 pemain termasuk pemain simpanan dan jurulatih pasukan senior melaporkan diri untuk sesi latihan.
Pemain pemain yang melapor diri perlu menjalani kuarantin 24 jam selepas menjalani ujian Covid 19 di asrama masing masing.
Pengarah Kejurulatihan BAM Wong Choon Hann menjelaskan apa yang telah dilakukan ketika kem latihan Road To Tokyo (RTT) dapat dilakukan sekali lagi, tetapi kali ini ia melibatkan skala yang lebih besar.
Tambah Choong Hann, pemain pemain simpanan akn menjalani latihan melibatkan pendedahan awal dari segi kebiasaan dalam gerakan di gelanggang selama dua minggu.
“Sasarannya untuk membawa mereka ke tahap sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Secara fizikal, ia akan mengambil masa tetapi kita menyesuaikan program agar mereka dapat meningkatkan aspek tertentu permainan yang boleh mereka fokuskan,” kata Pengarah Kejurulatihan BAM, Wong Choong Hann dalam satu kenyataan.
Pada awal Jun, 17 pemain termasuk lapan di bawah program RTT menjalani kem latihan secara kuarantin RTT dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat di ABM bermula 1 hingga 30 Jun di ABM Bukit Kiara.
“Kumpulan kedua pemain dan jurulatih akan menyertai latihan kumpulan elit tetapi kami menerapkan SOP jarak sosial yang ketat dengan jadual latihan disusun untuk mengawal jumlah atlet di gelanggang atau gim dalam satu masa.
“Walaupun SOP akan lebih longgar, tetapi dari segi pengawalan kendiri, kita akan menerapkan tahap keperluan yang sama dengan menumpukan kepada kebersihan dan kewaspadaan untuk memerangi COVID-19,” katanya dan menambah bahawa adalah penting bagi pemain untuk bertanggungjawab serta mengikuti SOP dan garis panduan yang ditetapkan.