Reigning Asia Dream Cup Champion, Khairul Idham Pawi takes his racing career a step further as the young Malaysian confirmed he will compete in the FIM CEV Repsol Moto3 Junior World Championship and the PETRONAS AAM Malaysian Cub Prix Championship simultaneously for the 2015 season.

The 17-year old will race for Honda Team Asia in the Spanish Championship, following in the footsteps of Hiroki Ono, who also came through the developmental series. 

The CEV Moto3 championship runs eight rounds, six of which will take place in Spain, with the championship kicking off in Portugal at Portimao, and the CEV Moto3 class appearing as a support class at the French Grand Prix round at Le Mans.

Meanwhile in the national championship, Khairul is set to move up to the intermediate CP115 and battle it out with his seniors having clinched the age-capped WIRA title with eight straight victories last year.

“When you think about the number of world champions Spain has produced, this move to the Moto3 Junior World Championship is a huge opportunity for my career. No doubt, I am really excited and looking forward to this new challenge,” said Khairul during the Asia Dream Cup Moto3 test at the Pasir Gudang Circuit in Johor today.

When asked about his thoughts about competing in two different championships at the same time, Khairul added, “For sure flying in and out of the country is going to be tough and tiring. In fact, it would be easier to just focus on one championship. However, the management believes Cub Prix is necessary because it helps keep my competitive edge. After all, the Moto3 championship has only eight rounds with a lot of spare time in between.”

Khairul will make his debut in the FIM CEV Repsol Moto3 Junior World Championship  when he attends the pre-season test at the Jerez Circuit in Spain on the 27th and 28th February.

 

JUARA ADC, KHAIRUL IDHAM BAKAL BERAKSI DI CEV SELAIN KEKAL BERAKSI DALAM CUB PRIX UNTUK MUSIM 2015

Juara Asia Dream Cup, Khairul Idham Pawi terus mengembangkan karier perlumbaan apabila bakal tampil dalam saingan Kejuaraan Motosikal Sepanyol CEV Repsol dalam kategori Moto3 bagi musim 2015. 

Pelumba berusia 17 tahun itu bakal tampil bersama pasukan Honda Team Asia sebagaimana jejak langkah juara terdahulu, Hiroki Ono yang turut beraksi dalam kejuaraan tersebut pada musim 2014 sebelum melangkah ke Kejuaraan Motosikal Dunia pada musim 2015. 

Khairul akan tampil dalam lapan pusingan perlumbaan CEV di mana enam daripadanya berlangsung di Sepanyol. Pusingan pertama Kejuaraan CEV akan berlangsung di Portugal manakala baki satu perlumbaan merupakan perlumbaan sokongan kepada Kejuaraan MotoGP Perancis di Litar Le Mans.

Selain itu, juara Wira Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS itu uang mendominasi saingan dengan lapan gelaran juara bakal meneruskan aksi di dalam saingan tempatan dengan beralih ke kelas CP115 bersama pasukan sedia ada, Kozi Yam Honda Racing. 

“Melihat kepada jumlah juara dunia yang dilahirkan melalui kejuaraan di Sepanyol, tidak dinafikan ini merupakan peluang besar yang mampu mengembangkan karier perlumbaan saya. Sudah tentu saya sangat teruja dan tidak sabar untuk memulakan cabaran baru ini,” jelas Khairul ketika ditemui di sesi ujian Moto3 Asia Dream Cup di Litar Pasir Gudang, Johor, hari ini.

Mengulas lanjut tentang cabaran beraksi dalam dua kejuaraan berbeza, Khairul berkata, “Kerap terbang ke luar negara dan kemudiannya balik ke dalam negara pasti sangat memenatkan dan mencabar. Mungkin lebih mudah jika saya hanya tumpukan kepada satu kejuaraan sahaja. Namun pihak pengurusan percaya terus kekal beraksi di dalam Kejuaraan Cub Prix dapat membantu saya untuk kekal kompetitif dan menjadi medan latihan terbaik untuk saya. Lagipun perlumbaan Moto3 CEV ini hanya lapan pusingan, jadi saya mempunyai masa untuk turut beraksi di dalam Cub Prix jika tidak bertindih tarikh perlumbaan.”

Khairul akan membuat penampilan pertama di saingan Moto3 CEV Repsol pada sesi ujian pra-musim yang akan berlangsung di Litar Jerez, Sepanyol pada 27 dan 28 Februari ini.

- Advertisement -