Mohd Adib Rosley couldn’t ask for a better way to end the season as he took his maiden CP130 victory in the final leg of the 2014 PETRONAS AAM Malaysian Cub Prix Championship at Taman Jubli Emas in Alor Setar, Kedah on Saturday.

The Motul Yamaha YY Pang rider had an incredible race on board his Yamaha as a speedy take off combined with a menacing pace saw him quickly pull away from the pack and finish the race unchallenged in 15’13.239s.

The only other rider who was close enough to stop him was Mohd Affendi Rosli but the PETRONAS Yamaha CKJ rider crashed at the final turn in lap-16, giving Ahmad Fazli Sham (PETRONAS Yamaha Maju Motor) the perfect opportunity to take second place 2.184 seconds behind Adib.

Making things sweeter for YY Pang, Azhar Abdul Jalil outwitted Mohd Zamri Baba (Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing) in the final lap to complete the podium steps with 15’21.553s.

Newly crowned CP130 Champion, Mohd Zaqhwan Zaidi finished sixth after he collided with Ahmad Afif Amran (PETRONAS Yamaha CKJ) in the first lap. But not all was lost for the 19-year old as he and his teammate, Sasitharen Sukumaran who finished fifth successfully secured the CP130 Best Team Awards for Givi Honda Yuzy Racing.

“No words can describe how happy I am right now. After two years I finally achieved my target,” said an emotional Adib.

He went on to elaborate on the race, “It was far from easy because I knew I had to fend off Fazli who started from pole when the lights went out. Fortunately I had a better start and got the holeshot. Once ahead I knew I had the advantage because there is very little overtaking opportunities here in Alor Setar. So I just kept a consistent pace to the finish line.”

Adib added, “Hopefully today’s victory will be the first of many for me and I intend to return next year as a serious title contender.”

Hauling maximum points from this leg, Adib moves up to fifth overall with 108 points, while Zaqhwan ends the season with 171 points followed by Norizman Ismail (129 points), Ahmad Afif (120 points) and Fazli Sham 118 points.

Meanwhile Kasma Daniel Kasmayuddin cast usual suspects into the shade and took his first CP115 victory ahead of newly crowned overall champion, Izzat Zaidi Salehan.

The PETRONAS Yamaha Maju Motor rider became the youngest rider to win an intermediate class race at the tender age of 14-years old when he wrapped up the 15-lap race in 12’56.793s.

Izzat who started 14th on the grid following a poor qualifying outing yesterday put on an amazing display of talent to muscle his way to second place with 12’59.824s followed by Mohd Rozaiman Mohd Said third, 13’01.542s.

Lastly, Fairuz Nasir and Saiful Izman Ahmad Zamani ended Khairul Idham Pawi’s victory run as the Felda Pbafb Tech Racing duo secured a one two finish in the WIRA category.

Fairuz capitalized on his front row start to lead the entire 12-lap race, taking the chequered flag in 10’30.143s while Saiful Izman came in as runner-up with 10’32.561s followed by PETRONAS Yamaha’s Azam Omar third, 10’39.539s.

Khairul’s string of eight unbroken wins ended when he crashed in the third lap while battling the Felda duo. He recovered his bike and continued with the race but retired from the race after eight laps due to technical issues.

 

Results

CP130

Final

1.Adib Rosley (Yamaha) 15’13.239s 2.Ahmad Fazli Sham (Yamaha) 15’15.423s 3.Azhar Abdul Jalil (Yamaha) 15’21.553s 4.Zamri Baba (Honda) 15’22.617s 5.Sasitharen Sukumaran (Honda) 15’23.462s

 

Overall Standings

1.Zaqhwan Zaidi (Honda) 171 points 2.Norizman Ismail (Honda) 129 points 3.Ahmad Afif Amran (Yamaha) 120 points 4.Ahmad Fazli Sham (Yamaha) 118 points 5.Adib Rosley (Yamaha) 108 points

 

Team Awards

1.Givi Honda Yuzy Racing 243 points 2.PETRONAS Yamaha CKJ 224 points 3.Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing B 196 points 4.PETRONAS Yamaha Maju Motor 194 points 5.Motul Yamaha YY Pang 183 points

 

CP115

Race

1.Kasma Daniel Kasmayuddin (Yamaha) 12’56.793s 2.Izzat Zaidi Salehan (Yamaha) 12’59.824s 3.Rozaiman Mohd Said (Honda) 13’01.452s 4.Rozaliman Zakaria (Yamaha) 13’03.111s 5.Tengku Amirul Haffiruddin (Yamaha) 13’04.028s

 

Overall Standings

1.Izzat Zaidi Salehan (Yamaha) 198 points 2.Zaidy Zaifaizal (Yamaha) 156 points 3.Tengku Amirul Haffiruddin (Yamaha) 132 points 4.Amirul Ariff Musa (Honda) 114 points 5.Elly Idzlianizar Ilias (Honda) 104 points

 

Team Awards

1.Motul Yamaha YY Pang A 330 points 2.Motul Yamaha YY Pang B 202 points 3.Givi Honda Yuzy Racing 186 points 4.PETRONAS Yamaha Maju Motor 163 points 5.M Seki Liberty Honda 162 points

 

WIRA

Race

1.Fairuz Nasir (Yamaha) 10’30.143s 2.Saiful Izman Ahmad Zamani (Yamaha) 10’32.561s 3.Azam Omar (Yamaha) 10’39.539s 4.Nazirul Izzat Bahauddin (Yamaha) 10’42.210s 5.Amirul Hakim Mohd Rizal (Yamaha) 10’42.910s

 

Overall Standings

1.Khairul Idham Pawi (Honda) 216 points 2.Fairuz Nasir (Yamaha) 119 points 3.Afiki Supaat (Yamaha) 117 points 4.Saiful Izman Ahmad Zamani (Yamaha) 106 points 5.Amirul Hakim Rizal (Yamaha) 97 points

 

ADIB TAMATKAN PENANTIAN SELAMA DUA TAHUN,

Mohd Adib Rosley mengakhiri saingan musim 2014 dengan cemerlang apabila berjaya meraih gelaran juara buat pertama kali dalam kelas CP130 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2014 yang berakhir di Alor Setar, Kedah, hari ini.

Bermula dari petak ketiga, pelumba Motul Yamaha YY Pang itu berjaya mendahului kedudukan dari pusingan awal dan menamatkan 18 pusingan dengan masa keseluruhan 15:13.239s mengatasi pelumba berpengalaman, Ahmad Fazli Sham, (PETRONAS Yamaha Maju-Motor) di tempat kedua dengan masa 15:15.423s.

Mohd Azhar Abd Jalil melengkapkan kemenangan pasukan Motul Yamaha YY Pang apabila menamatkan saingan di tempat ketiga dengan masa 15:21.553s.

“Saya sangat gembira kerana akhirnya berjaya memenangi perlumbaan CP130 sejak mula beralih ke kelas perdana ini pada tahun lepas. Saya berterima kasih kepada pasukan, penaja, keluarga dan rakan-rakan yang banyak memberikan sokongan,” jelas Adib yang meraih pencapaian terbaik di tangga ketiga pada Pusingan 5 di Temerloh, Pahang dan Pusingan 6 di Kluang, Johor.

Mengulas tentang perlumbaan, Adib berkata, “Perlumbaan hari ini bukan mudah namun saya berjaya bermula dengan baik dan memberi banyak kelebihan untuk saya berada di hadapan kerana litar ini tidak mempunyai banyak ruang untuk memintas. Saya hanya memberi tumpuan unntuk menamatkan perlumbaan dan tidak sedar beberapa perlumba yang terjatuh di belakang. Cuma Fazli yang memberi cabaran pada peringkat awal namun saya berjaya menutup ruang dengan baik dan tidak membenarkan dia untuk memintas.”

Mengulas tentang kejayaan pada hari ini, Adib berkata, “Ia mungkin petanda di mana saya mampu unntuk memberikan lebih banyak cabaran pada musim akan datang. Saya berharap selepas ini lebih banyak kejayaan yang datang dan mudah-mudahan dapat menjadi antara pencabar utama kejuaraan pada tahun hadapan.”

Sementara itu, dengan gelaran juara keseluruhan sudah menjadi milik Mohd Zaqhwan Zaidi (Givi Honda Yuzy Racing), penamat di kedudukan ke-10 sudah cukup buat Norizman Ismail (Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing) untuk menamatkan musim di tangga kedua dengan mengumpul 129 mata. Malang menimpa Ahmad Afif Amran apabila terjatuh pada peringkat awal perlumbaan yang menyaksikan dia sekadar menamatkan perlumbaan di tempat ke-14 dan berada di tangga ketiga keseluruhan dengan 120 mata. Zaqhwan unggul di tangga teratas dengan 171 mata.

Dalam saingan CP115, kejutan turut berlaku apabila Kasma Daniel Kasmayudin berjaya muncul juara sekaligus menidakkan hasrat juara keseluruhan, Mohd Izzat Zaidi Salehan untuk membantu pasukan Motul Yamaha YY Pang meraih kemenangan sempurna daripada kesemua 10 perlumbaan musim ini.

Pelumba PETRONAS Yamaha Maju Motor itu menamatkan 15 pusingan perlumbaan dengan masa 12:56.793s manakala Izzat yang bermula dari petak ke-14 muncul naib juara dengan masa 12:59.824s. Tempat ketiga dimenangi Mohd Rozaiman Mohd Said (Givi Honda Yuzy Racing) dengan masa 13:01.452s.

Gelaran naib juara meletakkan Izzat jauh mendahului pelumba lain dalam senarai keseluruhan dengan 198 mata sambil dua rakan sepasukan, Zaidy Mohd Zaifaizal dan Tengku Amirul Haffirudin berada di tangga kedua dan ketiga dengan 156 mata.

Dalam kategori Wira, juara keseluruhan, Khairul Idham Pawi (Kozi Yam Honnda Racing) gagal untuk mencatat kemenangan kesembilan berturut-turut setelah terjatuh pada pertengahan perlumbaan yang menyaksikan duo pelumba Felda Pbafb Tech Racing, Fairuz Nasir dan Saiful Izman Ahmad Zamani selesa mengemudi perlumbaan untuk mencatat kemenangan satu – dua.

Fairuz menamatkan perlumbaan dengan masa 10:30.143s manakala Saiful dengan masa 10:32.561s manakala Mohd Azam Omar (PETRONAS Yamaha) di tempat ketiga dengan masa 10:39.539s.

Gelaran juara di Alor Setar membantu Fairuz untuk menamatkan musim 2014 sebagai naib juara dengan mengumpul 119 mata manakala Mohd Afiki Supaat (Jetron Apido Team PJM) di kedudukan ketiga, 117 mata. Khairul Idham di tangga teratas dengan 216 mata.

 

Keputusan

CP130

Final

1.Adib Rosley (Yamaha) 15’13.239s 2.Ahmad Fazli Sham (Yamaha) 15’15.423s 3.Azhar Abdul Jalil (Yamaha) 15’21.553s 4.Zamri Baba (Honda) 15’22.617s 5.Sasitharen Sukumaran (Honda) 15’23.462s

 

Kedudukan Keseluruhan

1.Zaqhwan Zaidi (Honda) 171 mata 2.Norizman Ismail (Honda) 129 mata 3.Ahmad Afif Amran (Yamaha) 120 mata 4.Ahmad Fazli Sham (Yamaha) 118 mata 5.Adib Rosley (Yamaha) 108 mata

 

Anugerah Berpasukan

1.Givi Honda Yuzy Racing 243 mata 2.PETRONAS Yamaha CKJ 224 mata 3.Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing B 196 mata 4.PETRONAS Yamaha Maju Motor 194 mata 5.Motul Yamaha YY Pang 183 mata

 

CP115

Final

1.Kasma Daniel Kasmayuddin (Yamaha) 12’56.793s 2.Izzat Zaidi Salehan (Yamaha) 12’59.824s 3.Rozaiman Mohd Said (Honda) 13’01.452s 4.Rozaliman Zakaria (Yamaha) 13’03.111s 5.Tengku Amirul Haffiruddin (Yamaha) 13’04.028s

 

Kedudukan Keseluruhan

1.Izzat Zaidi Salehan (Yamaha) 198 mata 2.Zaidy Zaifaizal (Yamaha) 156 mata 3.Tengku Amirul Haffiruddin (Yamaha) 132 mata 4.Amirul Ariff Musa (Honda) 114 mata 5.Elly Idzlianizar Ilias (Honda) 104 mata

 

Anugerah Berpasukan

1.Motul Yamaha YY Pang A 330 mata 2.Motul Yamaha YY Pang B 202 mata 3.Givi Honda Yuzy Racing 186 mata 4.PETRONAS Yamaha Maju Motor 163 mata 5.M Seki Liberty Honda 162 mata

 

WIRA

Final

1.Fairuz Nasir (Yamaha) 10’30.143s 2.Saiful Izman Ahmad Zamani (Yamaha) 10’32.561s 3.Azam Omar (Yamaha) 10’39.539s 4.Nazirul Izzat Bahauddin (Yamaha) 10’42.210s 5.Amirul Hakim Mohd Rizal (Yamaha) 10’42.910s

 

Kedudukan Keseluruhan

1.Khairul Idham Pawi (Honda) 216 mata 2.Fairuz Nasir (Yamaha) 119 mata 3.Afiki Supaat (Yamaha) 117 mata 4.Saiful Izman Ahmad Zamani (Yamaha) 106 mata 5.Amirul Hakim Rizal (Yamaha) 97 mata

- Advertisement -