Adib (18) in front of Fitri

Muhammad Adib Rosley masih bersedih dengan insiden penalti yang dikenakan pada perlumbaan akhir Pusingan 8 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2015 lepas namun menjelang perlumbaan minggu ini di Jempol, Negeri Sembilan, pelumba itu tekad untuk memadam memori pahit tersebut.

Pelumba Motul Yamaha YY Pang itu beraksi cemerlang apabila berjaya menjuarai 18 pusingan perlumbaan akhir kategori CP130 yang berlangsung buat pertama kali di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) namun terpaksa menyerahkan gelaran kepada Mohd Fitri Ashraff Razali yang menamatkan perlumbaan di tempat kedua setelah dikenakan 30 saat penalti akibat kesalahan memintas ketika bendera kuning sedang dikibarkan pada pusingan keenam yang menyaksikan dia jatuh ke kedudukan kesembilan.

“Saya hanya memberi perhatian untuk mengejar dan mempertahankan kedudukan di hadapan ketika itu, jadi saya tidak nampak bendera kuning sedang dikibarkan. Namun, saya terpaksa menerima keputusan tersebut kerana marshal bertugas hanya melakukan tanggungjawab mereka dan pegawai perlumbaan pula mempunyai rakaman video bagi membuktikan kesalahan tersebut,” jelas Adib dengan nada kecewa.

Tambahnya, “Kekecewaan yang dialami adalah tiga kali ganda jika dibandingkan dengan kekalahan biasa. Kami mempunyai jentera yang pantas sepanjang pusingan tersebut namun ia berakhir dengan kekecewaan yang sangat pahit untuk ditelan. Saya meminta maaf kepada seluruh pasukan diatas insiden tersebut.

“Keduanya, kegagalan tersebut turut menjejaskan kedudukan saya di dalam senarai keseluruhan pelumba. Jika berjaya memungut 25 mata maksimum sebagai juara, kedudukan saya akan meningkat sekurang-kurangnya dapat berada di kelompok empat pelumba teratas. Akhir sekali, impian saya untuk memiliki hujung minggu terbaik dalam karier saya pada musim ini berakhir dengan kesedihan akibat kecuaian,” jelas Adib yang kini berada di kedudukan ke-10 keseluruhan dengan 51 mata.

Malah, Adib akui insiden tersebut telah mengganggu tumpuannnya selama beberapa hari selepas perlumbaan berakhir. “Keputusan tersebut sentiasa bermain di fikiran saya, dan pada masa sama saya berharap ia sebenarnya tidak berlaku.”

Walau bagaimanapun, pelumba berusia 21 tahun itu tekad untuk melupakan insiden tersebut dan memandang kehadapan untuk menebus mata yang hilang pada perlumbaan pusingan kesembilan di sini, minggu ini.

“Seluruh pasukan tidak berhenti memberi kata-kata perangsang untuk menaikkan semangat saya dan mahu melupakan insiden tersebut. Malah, kami juga cukup bersemangat untuk membuktikan prestasi pasukan kami pada pusingan lepas bukanlah sekadar bernasib baik ataupun hanya sementara,” jelas Adib.

 

ADIB ROSLEY: CRUSHED BUT NOT OUT
SubHead: Determined to put Round 8 disappointment behind him

Motul Yamaha YY Pang rider, Muhammad Adib Rosley, is still reeling from the crushing disappointment he suffered during Round 8 of the 2015 PETRONAS AAM Malaysian Cub Prix Championship that was held at the Malaysia Agro Exhibition Park (MAEPS) two weeks ago. A missed yellow flag led to a penalty that cost him the victory at the new Cub Prix host venue.

Adib was penalized for overtaking under the yellow flag on Lap 6 of the 18-lap CP130 Final. Despite crossing the finish line in first place, the 30-second penalty dashed Adib’s efforts and forced him down the field to ninth position.

“I was so focused on chasing down the front runners at that time, that I genuinely did not see the yellow flag. However, it was a decision that I had to accept because the marshalls were just doing their job and race control also possessed video evidence of the incident,” said Adib.

“For me, the disappointment was three-fold. I felt really sorry to my team. We had the fastest bike that weekend and to end it like that was such a bitter pill to swallow. Secondly, it cost me my position on the riders’ ranking. The 25 points given to the first place finisher would have allowed me to jump up the championship ladder and place at least in the top-4. And finally, what would have been the best weekend of my career was dashed from a moment of carelessness,” said Adib who is now ranked tenth overall with 51 points.
Adib admitted to being haunted by the incident for days after the race weekend. “I kept replaying that scene in my head, wishing that I had done things differently.”

However, the 21-year-old rider is now determined to set his sights forward to Round 9 and hope to make up for lost points at Jempol, Negeri Sembilan this weekend.

“My team has been so supportive and kept encouraging me to put the incident aside. Round 9 at Jempol awaits and we are determined to prove that the team’s performance in the previous round was not a fluke,” he concluded.

- Advertisement -