Aksi Md Adib Rosley #18 di barisan hadapan pada hari pertama Pusingan 1 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2017 yang berlangsung di Temerloh, Pahang.

Mohd Adib Rosley mencipta kejutan pada minit terakhir apabila berjaya menggungguli sesi ujian masa kategori yang baharu diperkenalkan pada tahun ini, CP150 pada hari pertama Pusingan 1 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2017 yang berlangsung di Temerloh, Pahang, hari ini.

Pelumba Motul Zeneos Yamaha YY Pang itu mencatat masa terpantas 43.552s, hanya 0.001s dihadapan Mohd Zaqhwan Zaidi (Givi Honda Yuzy Racing) yang mencatat 43.523s diikuti juara CP130, Kasma Daniel Kasmayudin (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) dengan masa 43.588s.
Kasma sebelum itu terlebih dahulu mencatat masa terpantas 44.604s pada sesi latihan bebas pertama manakala Zaqhwan menguasai sesi latihan bebas kedua dengan masa 43.886s.

Md Adib Rosley #18 memberi tentangan sengit oleh Md Zaqhwan Zaidi #21 dalam CP150 di Termerloh.

“Saingan kategori CP150 ini agak mencabar kerana jentera yang berkuasa lebih tinggi dan agak sukar untuk dikawal. Catatan masa juga sangat hampir dan saya jangkakan perlumbaan akhir nanti sangat sengit dan mencabar,” jelas Adib.

Tambahnya, “Untuk perlumbaan akhir nanti, saya akan cuba yang terbaik untuk menamatkan perlumbaan di atas podium.”

Md Akid Aziz catat masa terpantas 45.012s ungguli CP115 di Termerloh.

Dalam saingan CP115, juara musim 2016, Md Akid Aziz (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) muncul pelumba terpantas dengan catatan 45.012s diikuti dua pelumba Motul Zeneos Yamaha YY Pang, Md Fareez Afeez dan Tengku Amirul Haffirudin, masing-masing dengan catatan 45.289s dan 45.535s.

Sementara itu dalam kategori Wira KBS, gandingan pelumba Idemitsu Kozi Yam Honda Racing, Md Anuar Ibrahim Pawi dan Saiful Azhary Muhamad bakal memulakan perlumbaan dari petak pertama dan kedua dengan catatan terpantas sesi Shootout 45.486s dan 45.885s diikuti Md Afizi Supaat dengan masa 46.412s.

 

Keputusan Ujian Masa:
CP150:
1. Md Adib Rosley (SGR) Yamaha 43.522s
2. Md Zaqhwan Zaidi (SGR) Honda 43.523s
3. Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) Yamaha 43.588s
4. Md Fitri Ashraff Razali (KUL) Yamaha 43.723s
5. Ahmad Fazli Sham (PRK) Yamaha 43.927s

CP115
1. Md Akid Aziz (KUL) Yamaha 45.012s
2. Md Fareez Afeez (JHR) Yamaha 45.289s
3. Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Yamaha 45.535s
4. Md Haziq Fairues (SGR) Yamaha 45.571s
5. Md Harith Farhan Baharin (TRG) Honda 45.673s

 

Aksi Md Anuar Ibrahim Pawi dalam kategori Wira KBS.

Wira KBS
1. Md Anuar Ibrahim Pawi (PRK) Honda 45.486s
2. Saiful Azhary Muhamad (JHR) Honda 45.885s
3. Md Afizi Supaat (SGR) Yamaha 46.446s
4. Md Syafieq Aiman (JHR) Yamaha 46.456s
5. Md Danial Syahmi (TRG) Yamaha 46.725s

 

- Advertisement -