adidas.2

Oleh Ku Mohd Lufti

Kejayaan merangkul Piala Iber di Costa Del Sol, Sepanyol tahun lalu mendorong pengeluar barangan sukan terkemuka, Adidas untuk menjadi sebahagian daripada keluarga akademi Program Pembangunan Bolasepak Negara (PPBN).

Adidas akan menaja kit pakaian pemain pemain elit skuad PPBN dengan hasrat menjadi penyuntik semangat kepada pemain pemain ini untuk terus maju di masa akan datang.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar melihat komitmen yang dilakukan Adidas adalah satu petanda baik daripada syarikat swasta untuk tampil bersama sama membangunkan program sukan diperingkat akar umbi.

“Kami mengalu alukan komitmen Adidas untuk bersama sama mengasah bakat bakat muda ini dan saya yakin dengan penglibatan Adidas membolehkan kami member fokus dalam membangunkan bakat muda dari 7 hingga 17 tahun dengan objektif utama membina 300 pusat latihan diseluruh negara,” kata Khairy Jamaluddin.

Adidas mengikat kontrak bersama PPBN selama tiga tahun dengan nilai 1.2 juta ringgit bermula 2016 hingga 2018.

Pengurus besar Adidas Malaysia Max An berharap inisiatif ini menjadi salah satu pencetus semangat dalam misi membangunkan sukan bolasepak Malaysia diperingkat akar umbi.

“Dengan kerjasama ini, kami berhasrat untuk meningkatkan mutu bolasepak Malaysia dan member nilai tambah kepada kualiti yang dimiliki pemain muda negara. Adidas Malaysia sememangnya sangat berbangga dapat bekerja sama dengan PPBN,” kata Max An.

Pasukan PPBN negara kendalian Lim Teong Kim akan menjalani latihan di 4 negara di Eropah, antaranya Jerman, Itali, Austria, Switzerland, dan Perancis.

Malah, mereka akan menyertai kejohanan bolasepak bawah 14 Tahun, Piala Elite di Mougins, Perancis pada 11 dan 12 Jun.

Selain Malaysia antara 11 pasukan yang turut mengambil bahagian adalah beberapa kelab dari Perancis; Bordeaux, Paris St Germain, Olympique Lyonnaise dan Marseille.

- Advertisement -