Kerja keras di bumi Bangkok nyata memberikan bergu muda wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah satu pengalaman yang cukup berharga apabila mara ke pentas final Terbuka Switzerland.

Turun dengan status underdog ketika berdepan pemain senior, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean , Pearly dan M Thinaah nyata berdepan kesukaran di set pertama apabila gagal membaca cara permainan lawan sekaligus tewas 10-21.

Namun detik manis mereka bermula di babak kedua apabila corak permainan aggresif nyata tidak memberi ruang kepada Mei Kuan-Meng Yean untuk merapatkan jurang mata mahupun memintas kedudukan sebelum menang 21-14 serta mengheret permainan ke set penentuan.

Pertarungan sengit berterusan sehingga ke penghujung permainan apabila kombinasi M Thinaah dan Pearly Tan sukar dicabar Mei Kuan dan Meng Yean yang akur memberikan kemenangan 21-16 kepada pemain junior mereka/

Pearly Tan-M Thinaah akan bertemu pilihan ketiga dari Bulgaria, Gabriela Stoeva – Stefani Stoeva yang mengejutkan pilihan pertama dari Thailand, Jongkolphan Kititharakul-Rawinda Prajongjai 21-16, 21-14.

Sementara itu, wakil perseorangan lelaki, Lee Zii Jia tewas kepada pemain muda Thailand yang juga pikihan kelapan Kunlavut Vitidsarn 18-21, 10-21.

Wakil tunggal bergu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik turut tewas diperingkat separuh akhir di tangan bergu Jerman, Mark Lamsfuss-Marvin Seidel 13-21, 21-13, 16-21.

Nasib yang sama dialami bergu campuran, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing yang kecundang di tangan pilihan keenam dari Perancis Thom Gicquel – Delphine Delrue 19-21, 10-21

 

 

- Advertisement -