Selepas beraksi selama empat tahun dengan kelab berstatus benua di pantai timur, Terengganu Cycling (TSG) Adiq Hussaini Othman beralih arah sekaligus menyertai satu lagi kelab berstatus benua di lembah kelang, Sapura Cycling (TSC).

Pelumba berusia 27 tahun ini mengambil keputusan untuk meninggalkan TSG susulan masalah dalaman melibatkan pengurusan sekaligus tawar hati untuk meneruskan kariernya bersama pasukan itu selepas berhijrah dari Champion System pada 2013.

“Saya tidak mahu mengungkit lagi hal hal yang telah berlaku.Kini adalah masa untuk mencari rentak dan membuktikan saya masih lagi mampu untuk melakukan sesuatu bersama TSC,”Kata Adiq.

Dibawah pengurusan Sayuti Mohd Zahit, Adiq diberi penekanan khusus termasuk penjagaan pemakanan dan program latihan yang sesuai selain pemantauan rapi terhadap keadaan kecederaan yang dihadapi pada tahun lalu ketika menjalani latihan bersama TSG di Australia.

Malah, sistem pengurusan pasukan Sapura dianggap profesional bagi Adiq kerana rata rata kaki tangan yang berada di dalam kelab ini mempunyai pengalaman selain merupakan bekas pelumba lebuhraya.

“Sesetengah pasukan lain tidak tahu bagaimana pengurusan pasukan bertaraf antarabangsa. Apa yang pelumba perlukan penting dan bukan hanya meletakkan sasaran untuk menang dalam perlumbaan semata mata,”kata Adiq.

Dalam pada itu, pengurus TSC, Sayuti Mohd Zahit mengesahkan Adiq antara enam pelumba yang akan mewakili pasukan ke saingan jelajah Indonesia yang dijadual bermula dari 25 hingga 28 Januari.

“Dia mempunyai pendedahan diluar dengan teknik dan sistem yang teratur dan berasaskan Sains Sukan yang pasukan Sapura terapkan.

“Kita mahu lihat Adiq ibarat permata yang sudah bersinar, tetapi kami mahu lihat dia lebih menyinar dan bukan sahaja Adiq, tetapi pelumba pelumba tempatan lain,”kata Sayuti.

Turut sama dipilih Muhammad Zawawi Azman, Aiman Cahyadi, dan tiga pelumba import baru TSC, Dylan Page, Jesse Ewart, dan Mario Vogt.

Pemilihan pelumba dilakukan selepas ujian Funcitional Threshold Power (FTP) yang dilakukan pada 18 Januari lalu.

Selain TSC, 15 pasukan lain yang menyertai Jelajah Indonesia (2.1) seperti Interpro Stradalli Cycling, St George Continental Cycling, Java Partizan Pro Cycling dan Terengganu Cycling (TSG).

Perlumbaan akan bermula dari Jogjakarta dan tamat di Denpasar dengan jarak keseluruhan 604.7 kilometer.OLEH KU MOHD LUFTI 

 

 

 

 

 

- Advertisement -