Empat tahun memerah keringat dan kudrat, kini masa untuk membuktikan persiapan yang dilakukan tidka berakhir dengan sia sia.
Skuad bawah 16 tahun negara bakal memulakan kempen Kejohanan Bolasepak Konfederasi Asia (AFC) 2018 menentang Tajikistan di Bukit Jalil.
Pemain pertahanan yang menggalas tugas selaku kapten pasukan, Muhammad Hariz Mansor tidak sabar untuk beraksi sekaligus memburu mata ke atas Tajikistan.
Namun, secara keseluruhan, Hariz tidak menolak Jepun menjadi pasukan yang dilabel sebagai berbahaya buat skuad kendalian Lim Teong Kim.
“Kami sudah melakukan persediaan selama empat tahun dan akan berikan yang terbaik serta tidak mengambil mudah terhadap pasukan lawan.
“Bagi saya, pasukan yang perlu diawasi adalah Jepun kerana kami tahu corak permainan dan taktikal mereka. Bagaimanapun, jurulatih (Lim Teong Kim) telah memberi penerangan,”kata Hariz.
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) meletakkan suku akhir sebagai sasaran buat skuad bawah 16 tahun negara.
Malaysia perlu mengisi slot semi final untuk mengesahkan slot secara automatik ke Piala Dunia bawah 17 tahun di Peru tahun depan. KU MOHD LUFTI