Persekutuan Bolasepak Asia (AFC) mengumumkan lesen kelab bolasepak China, Shandong Taishan untuk beraksi dalam saingan Liga Juara Juara Asia ditarik balik.
AFC membuat keputusan tersebut susulan pasukan itu gagal untuk memenuhi kriteria wajib Criterion F.04 berkenaan Perlesenan Kelab AFC (Edisi 2016) berhubung tunggakan pembayaran.
Criterion F.04 menjelaskan, kelab tidak dibenarkan wujud sebarang tunggakan pembayaran melibatkan kakitangan berkaitan serta cukai.
Shandong FC menerusi kenyataan ringkas akan mengambil tindakan penyelesaian dengan beberapa perkara telahpun dalam penelitian.
Kekosongan yang ditinggalkan Shandong Taishan akan diisi oleh AFC mengikut Manual Kemasukan bagi Pertandingan Kelab dibawah AFC.
Shandong Taishan merupakan juara Piala FA China, diundi dalam kumpulan J bersama sama Port FC (Thailand), Kitchee SC (Hong Kong) dan pemenang aksi playoff.